Masih hangat lagi minggu ini dengan pelbagai acara rumah terbuka sempena hari raya. Mahu tampilkan menu 'rare' untuk rumah terbuka anda nanti? Apa kata anda hidangkan agar-agar kering yang pernah 'famous' suatu ketika dahulu. Malah ia boleh dianggap sebagai manisan tradisional, namun kini ia semakin sukar didapati.
Anda boleh menyediakan sendiri kerana ia tidaklah terlalu sukar. Tidak percaya? Semak resipi di bawah. Selamat mencuba ya! Bahan-bahan: 60 gm agar-agar bertali 1300 ml air 150 gm gula batu - diketuk halus 1200 gm gula pasir Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)
Cara-cara: 1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. 3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. Masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan. 4. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik. 5. Jemur di tempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata. - CARI Kredit resipi: Shiema Yunus
|
14
Bagus |
4
Marah |
34
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nenasketum replied at 1-7-2017 11:04 PM
Baru smalam makan dirumah kak aku. Dia cakap kena jemur.... aku macam erk.... pelik pulak dengar. Ru ...
ADVERTISEMENT