CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya 'Tersedar' Selepas Allah Tarik Memen Dari Hidup" - Linda Rafar

28-6-2017 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13140| Komen: 76|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Setelah pemergian anak saya Memen, saya jadi lebih tahu menghargai apa yang saya ada."

Demikianlah kata-kata Linda Rafar, 39, yang mengakui segala kemewahan dan populariti diraih ketika zaman kegemilangannya bersama kumpulan Elite suatu masa dahulu tidak sedikit pun memberi nikmat kepadanya.




"Ya, waktu itu saya ada segalanya. Berduit, dikenali tetapi jiwa saya kosong. Nikmat itu saya tak rasa!

"Namun setelah pemergian anak saya Memen, saya jadi lebih tahu menghargai apa yang saya ada. Sekarang makan nasi berlauk telur dan kicap pun saya rasa besar nikmatnya," katanya kepada mStar Online.

Akuinya lagi, jika sebelum ini dia hanya tahu menunaikan solat lima waktu tanpa merasai erti nikmatnya, kini dia bersyukur kerana bukan sahaja penghayatan solatnya semakin baik, malah ia juga membawa perubahan baik dalam dirinya.




"Bayangkan, setiap kali pulang dari pertunjukan pentas atau bersiar-siar, saya main campak je beg tangan tu di dalam kereta tanpa pernah fikirkan ia akan hilang atau rosak. Betapa pada waktu itu saya tidak pernah kenal erti bersyukur.

"Berbeza sekarang, setiap apa yang ada saya amat hargai dan saya percaya kesedaran ini datang selepas Allah menarik Memen dari hidup saya," ujarnya.


Foto: IG Linda Rafar

Terdahulu, arwah Memen atau Rezaiman Keifli meninggal dunia pada 5 Julai 2014 selepas menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut. Al-Fatihah. - CARI

13

Bagus
14

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
16

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jigglybuffs 28-6-2017 10:27 AM
Lame......
Quote lovelytouch 28-6-2017 10:32 AM
Bukannla nak kata x simpati tp kan dah lama.. move on laa dek
Quote GigaMom 28-6-2017 10:32 AM
Al fatihah, duka ibu yg kehilangan anak tidak akan pernah sembuh..
Quote jigglybuffs 28-6-2017 10:42 AM
Is this person for real?

Makan nasi dgn telor kicap dah rasa nikmat? At the same time posing glamer depan piano..rumah gah?

Bila nak dok dalam  reban ayam kendian sebut ini juga nikmat bagiku?

Quote harkktuih 28-6-2017 10:54 AM
move on sis..ada org lebih tragis dugaan dlm hidup..
Quote Star_el 28-6-2017 11:02 AM
jigglybuffs replied at 28-6-2017 10:42 AM
Is this person for real?

Makan nasi dgn telor kicap dah rasa nikmat? At the same time posing glam ...

tu gambar baru ke, diambil waktu interview tu?
Kalau ye, mmg paradoks sgt = ="
Quote skullcandy 28-6-2017 11:05 AM
Ermm....next
Quote kukukatablog 28-6-2017 11:31 AM
mula2 rasa nymaph gak sbb dia asyik ulang topik yang sama,
tapi bila fikir balik hati manusia ni lain2...
mungkin dia x leh move on lagi...
kalo aku pon x tau la boleh hadap ke tak,,,,
Quote siputsedut 28-6-2017 11:39 AM
Anak tu dia hilang bkn dlm keadaan masih bayi..tp dah bsr...dh byk kenangan...byk benda yg mesti dia nyesal..x hargai masa dgn anak ke camane...mmg forever la takkan move on kalau dlm jati byk penyesalan...lg lg dia tgk anak dia sakit lama...rasa tu mmg ssh nk hilang..boleh phm...lgpon bukan dia meratib tiap2 hari pon kan...
Quote sixret 28-6-2017 11:54 AM
Ada tak Linda meratap hiba  dalam artikel tu? Did she ever insinuate her son's death in melancholic way in that article? Tak ada kan.

Ini bukan tak boleh move on, ini self-reflection, kesedaran iman dan rasa bersyukur atas segala nikmat Allah walaupun sedikit AFTER the tragedi. Harap forumers yang meratib kata linda tak move on boleh bezakan antara tak boleh move on dengan self-reflection.

P/s: linda ulang topik yang sama becaause all the wartawans ever did were asking the same questions!

P/s: the wartawans took the piano photo from linda's ig for the article. So no relation between piano and nasi berlauk telur.

Quote Ferr_Remy 28-6-2017 01:47 PM
Baca komen Melayu2 dlm ni smpai gambar dpn piano, umah mewah... I is sedih. Apeke bodohnye da tu rumah dia. Xkan die kena g sewa umah lain yg daif sbb nak backup statement makan nasi dgn kicap and telur? Pelik2 la org dlm forum ni.
Quote sukacactus 28-6-2017 02:03 PM
Yg xberada di tempat dia mungkin payah nak paham, iols pun
Tp yg iols tahu, mmg xleh nak membayangkan org2 yg kita sayang pergi dl dari kita
Quote innocentsangat 28-6-2017 02:09 PM
sixret replied at 28-6-2017 11:54 AM
Ada tak Linda meratap hiba  dalam artikel tu? Did she ever insinuate her son's death in melancholic  ...

Kan. Org yg hilang baby dlm perut pun akan sedih sepanjang hayat. Tambah ni dah besar, cerdik segala hal. Tak pernah jadi kat diri sendiri memang ckp senang.  
Quote aldinaa 28-6-2017 02:19 PM
Maksud dia mkn nasi dgn telur tu i fhm je.. simple kot. Walau kaya dan mewah tapi kalau tak tahu hargai nikmat tak ada gunanya. Maksud nya sekecil kecil nikmat pun kak linda hargai sekarang. Alhamdulillah. Ingatan untuk i juga.
Quote sepitsiput 28-6-2017 02:26 PM
meols.permaj miscarriage dan meols pun paham perasaan sheols
.

dlm hal ni meols x rasa sheols yg xmove on

tp WArTAwan SampaH yg x reti nk move on..every year dok panggil sheols n throwback kisah kematian anak,walhal.meols tgk hamba allah tu boleh je berborak topik lain..and si linda ni terpaksa lah melayan soalan2 pasal anak ni bertahun2 sbb sheols pun xde produk baru sgt utk di perkatakan.
Quote sepitsiput 28-6-2017 02:28 PM
retis yg x leh nk move on meols rasa si Nora Aripin...sheols non stop dok throwback kenangan dgn suami berhari hari, dah by now...naik annoyed + kesian at, the same time plak meolszz.
Quote kiah_mai_pulak 28-6-2017 02:33 PM
Rilek la Koran.. dh wartawan yg tnya mesti lah dia jawab.. lg pun mak mana yg terkenang kat anak even anak tu anak derhaka. Apa2 lah korang ni.. kosserrr
Quote mokcikKSKB 28-6-2017 02:37 PM
siputsedut replied at 28-6-2017 11:39 AM
Anak tu dia hilang bkn dlm keadaan masih bayi..tp dah bsr...dh byk kenangan...byk benda yg mesti dia ...

Betul tu...hilang anak mana bleh move on
Quote mokcikKSKB 28-6-2017 02:38 PM
sixret replied at 28-6-2017 11:54 AM
Ada tak Linda meratap hiba  dalam artikel tu? Did she ever insinuate her son's death in melancholic  ...

Khen..untunglah ada rasa sukur walau sekecil2 nikmat.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057927 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top