CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Kuih Raya Tradisional VS Kuih Raya Moden

28-6-2017 10:01 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 11252| Komen: 6

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Alhamdulillah kita telah berada di bulan Syawal yang meriah bulan meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Ramai yang seronok sekarang masih bercuti kat kampung dan bersama keluarga tersayang. Sambil semua memakai baju baru bergaya pergi beraya bersama-sama.


Kunjung mengunjung ke rumah kawan-kawan, jiran tetangga dan juga tak kurang yang pergi ke rumah tersayang. Maha tahun ni macam biasa beraya di Pahang kampung halaman tercinta. Rindu pada kuih muih yang mak buat zaman kecil-kecil dulu. Korang pernah dengar tak nama kuih Rempeyek, kuih Semperit, kuih Makmur dan kuih Bangkit?

Itu adalah antara kuih tradisional orang dulu-dulu yang sekarang jarang kita tengok ramai orang hidangkan bila hari raya. Maha ada pengalaman membuat kuih raya zaman tahun 90-an dimana zaman menggunakan ‘gas oven butterfly’ . Kalau sapa sempat dapat tengok oven empat segi tepat warna hitam yang letak atas dapur gas. 


Kuih yang siap di buat pula di susun atas tudung periuk banyak-banyak lepas tu bakar dengan suhu pakai agak jer tengok warna pada bawah kuih kalau dah perang tu masaklah.

Lepas tu pulak kuih satu malam sebab apa Maha panggil kuih satu malam sebab habis masa satu hari nak sediakan kuih Bahulu. Dulu masa mak buat kuih Bahulu pukul telur pakai pemukul spring tu jer sampai telur kembang kalau tak bahulu tak lembut. Pastu lak nak memasak satu hal pula dengan menggunakan dapur arang dan sabut kelapa. Alas atas bawah supaya masak sekata kena berpanas nak tunggu kuih masak. 

Maha ingat lagi masa dulu emak ada satu buku resipi khas yang mak tulis sendiri semua resipi kuih raya yang mak pernah belajar dari nenek dan juga kawan-kawanya. Sampai sekarang buku tu masih ada lagi dan resipi kuih tradisional yang tak ada orang boleh kongsi dan mungkin orang dah lupa pasal kewujudan kuih tersebut. 

Masa zaman tu belajar memasak kuih raya ni melalui buku resipi jer tak ada blog-blog dan youtube macam sekarang. Seronokkan orang dulu-dulu buat kuih raya kerana masa membuat kuih itu yang paling berharga waktu bersama keluarga. 


Kadang-kadang buah kuih sampai waktu sahur kerana nak memasak yang lama tapi semua tu macam kebiasaan dibantu lak oleh ayah yang juga buat-buat sibuk nak merasa. Tapi sekarang kita tak dapat melalui semua itu lagi kerana perubahan teknologi yang lebih memudahkan kerja memasak kuih raya. Hanya tekan sahaja semua siap dalam masa yang pantas tak perlu bersusah payah. 

Sekarang juga kita dibanjiri dengan kuih-kuih moden yang pelbagai warna dan rupa. Nama pun dah jauh daripada nama tradisional kita contoh kuih Almond London. Tiada ciri-ciri kemelayuan langsung tapi kerana ikut trend ia jadi begitu popular satu masa dulu. 

Pula sekarang ni viral dengan Biskut Ulat Bulu yang ada orang kata comel dan ada kata menggelikan padahal kalau ikutkan resipi biskut tu adalah untuk membuat kuih Makmur betul tak.

Pulak tu sekarang ni kuih moden ni semua tak perlu nak susah payah buat hanya perlu ada kocek yang penuh dan pergi ke bazar tunjuk sahaja. Semua jenis biskut ada cuma rasa tu je kita tak tahu sedap sangat ker atau hanya sekadar indah rupa dari rasa. 


Kadang-kadang kita beli pelbagai jenis biskut raya yang pelbagai rupa dan warna bila rasa semua sama jer tak ada beza pun. Sebab biskut moden ini pun kebanyakan datang daripada resipi asas kuih tradisional juga ia mungkin ditambah beberapa sentuhan baru dan digarab dengan rupa yang lebih menarik. 

Itu yang kita kena hadapi sekarang ni kerana masa bersama keluarga tu tidak seperti mana dahulu. Kesibukan kadang-kadang satu alasan yang kita sendiri cipta. Bila difikirkan balik rasa nak kembalikan semula kemeriahan masa nak buat kuih raya bersama mak dulu. Takut nanti anak cucu kita akan datang tak kenal kuih muih tradisional ni hanya tahu kuih tunjuk jer.

Tapi tak salahkan mereka yang berniaga kuih raya kat pasaran tu sebab itu adalah punca rezeki mereka jugakan. Cuma masa bersama itu yang kita nak cari lebih daripada sekadar kuih raya. Tidak mustahil satu hari nanti orang zaman akan datang kuih raya pun jual dalam vending machine masuk duit tekan kuar kuih raya tak betul tak sebab orang dah tak reti nak buat kuih raya.

Foto: Carian internet
Apa pun tradisi kuih raya tak kisahlah trasdisional atau moden yang penting pagi hari raya kena ada hidangan kuih raya dan masakan rendang, Lemang atau Ketupat. Jangan pula nanti hari raya kita hidang dengan burger dan piza time tu dah parah. Oklah ini cuma perkongsian pendapat sahaja.

Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook @Mahamahu juga ok. Apa pun masih belum terlambat Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua pembaca. Moga hari raya ini kita gunakan sebaiknya untuk bersama insan tersayang dan menjadi hari paling gembira buat kita semua.
1

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 28-6-2017 06:53 PM
Dua2 suka hanya sesetengah kuih raya modern agak muak kalau dimakan banyak berbanding kuih raya tradisional
Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:06 PM
kuih moden sama je rasa
Quote missyL 20-8-2017 02:10 AM
suke yg tradisional je
Quote silverady 22-2-2023 06:15 AM
Hello! Writing an essay can be a difficult process, but you don't have to do it alone paper writer website. Consider hiring a professional writing service to help you create an essay that meets all the expectations of your instructor. All the best!
Quote alaa 23-2-2023 04:15 PM
mostly suka yang tradisional lah. rasa unik setiap jenis kuih tu. yang modern ni banyak macam ala2 diberi nafas baru aje.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.052974 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top