Berikutan tersalah faham arahan yang diberikan oleh pengajar iaitu ungkapan 'no jump' didengar menjadi 'now jump', seorang gadis dari Belanda yang berusia 17 tahun maut ketika melakukan aksi terjunan 'bungee' di sebuah jambatan yang dikatakan tanpa kebenaran yang terletak di Cantabria, Utara Spanyol.
Memetik laporan Mirror UK, pengajar tersebut kini dituduh mengakibatkan kematian gadis itu. Menurut mahkamah, mangsa yang dikenali sebagai Vera Mol yang ketika itu masih belum mencapai usia 18 tahun melakukan aksi terjunan 'bungee' yang disusun atur oleh sebuah syarikat yang dicari mangsa senidir. Mangsa ditemani pengajar tersebut untuk melakukan aksi terjunan 'bungee' di sebuah jambatan yang terletak di kawasan tinggi, ketika itu mangsa langsung tidak sedar tali keselamatan hanya diikat pada badannya dan masih belum diikat pada jambatan itu, akibatnya tragedi yang tidak diingini itu berlaku.
Hakim turut mengatakan, pengajar tersebut sepatutnya memastikan mangsa berumur 18 tahun dengan memeriksa kad pengenalannya sebelum membenarkan mangsa mengambil bahagian dalam aktiviti yang berisiko tinggi ini. Namun demikian, pihak pengurusan syarikat yang bertanggungjawab beranggapan kejadian yang berlaku itu hanyalah satu kemalangan sahaja. - CARI |
22
Bagus |
16
Marah |
20
Terkejut |
15
Sedih |
21
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT