CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

ibu dakwa anak ditampar guru hingga pekak

2-8-2012 03:06 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4592| Komen: 117

KAMPAR – Gara-gara memotong rambut mengikut trend terkini seorang pelajar tingkatan tiga didakwa ditampar oleh guru disiplin di sebuah sekolah, di sini.

Ibu pelajar, Norhayati Mansor, 40, berkata, anaknya Syed Hafiz Al Raimi Syed Mohamad Amin, 15, ditampar dengan kuat di bahagian telinga kiri oleh guru disiplinnya pada 25 Mei lalu, sehingga menjejaskan pendengaran
Dia kesal dengan tindakan itu dan mendakwa anaknya dihukum hanya kerana gaya rambut mengikut trend terkini yang disembunyikan di sebalik songkok.

“Sikap guru yang tidak mahu bertanggungjawab di atas perkara yang dilakukannya itu menyebabkan saya sangat kecewa.

“Sudahlah permohonan maaf tidak diberikan setelah memperlakukan anak saya sebegitu, dengan saya juga dia tidak mahu berjumpa,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Norhayati, jika benar anaknya itu melakukan kesalahan tidak perlulah menghukumnya hingga cedera.

“Disebabkan kes itu saya meminta guru berkenaan memohon maaf atau membayar ganti rugi sebanyak RM6,000 sebagai memberi pengajaran kepadanya.

“Tetapi permintaan itu dibalas dengan kata-kata kesat oleh guru terbabit,” katanya. Mengikut cerita Syed Hafiz, pada hari kejadian sekitar jam 9.30 pagi dia berdiri berhampiran meja kantin sebelum ditampar secara tiba-tiba oleh guru disiplin dari arah belakang sehingga menyebabkan gegendang telinganya berdesing.

Laporan Perubatan dari Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Pembedahan Kepala dan Leher, KPJ Taiping Medical Center, Dr Lee Kean Teong mengesahkan menerima pesakit pada 16 Jun 2012 lalu.

Menurutnya, beliau telah memeriksa Syed Hafiz di Klinik Pesakit Luar Telinga Hidung dan Tekak pada 12 Jun lalu dan sekali lagi pada 15 Jun lalu di Taiping Medical Centre.

“Pesakit didapati ada masalah kurang dengar dan sakit di telinga kiri sejak 25 Mei lalu di mana pesakit mendakwa dia telah ditampar dengan kuat oleh seorang guru pada telinga kirinya serta mengemukakan satu laporan polis dari Balai Polis Changkat Jering.
Pemeriksaan klinikal pada 12 Jun lalu mendapati masalah kulat (Otomycosis) pada telinga kiri pesakit,” katanya.

Masalah itu turut mendapat perhatian, Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Kamal Mansur yang memohon maaf atas segala yang berlaku.

Bagaimanapun katanya, ketika kes itu berlaku, beliau belum bertugas di Pejabat Pelajaran daerah ini dan hanya dipindahkan sekitar Jun lalu.

“Beri saya masa untuk menyiasat ke semua data-data serta laporan kes ini. Saya berjanji akan mengadakan pertemuan antara ibu bapa mangsa dan guru terlibat bagi meyelesaikan kes ini,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neeria 2-8-2012 10:49 AM
anak dah pekak minta ganti rugi rm6000 je?
Quote poison_paradise 2-8-2012 10:53 AM
Ala tak pekak..suspect gegendang pecah..dlm dua bulan boleh sembuh balik...tp tu la...jgnlah cederakan anak org wahai guru..
Quote prettyuglybabe 2-8-2012 11:08 AM
cikgu terlebih strict, anak terlebih manja..
Quote mierrr 2-8-2012 11:10 AM
gaya rambut trend koreakah?
cikgu pun
nak pukul berpada2lah
sikit2 tempeleng
Quote cengeng 2-8-2012 11:32 AM
biasanye budak2 yg g sekolah pon berambut trendy ni budak2 perangai samseng.. so mak cik yati are u 100% sure that ur son was hit by principal? adakah anda 100% pasti anak anda sesuci embun pagi? well, zamn skrg ni dgn budak2 yg semakin samseng dan rosak ni eloklah mak cik cek betul2 ye..lgpon crite mak cik ni macm tak logik.. diulangI TAK LOGIK!

P/S:mcm mak cik ni baco.....
Quote shernazz 2-8-2012 11:38 AM
ntah2, budak tu yang provok macam2
budak2 skang ni memang x hoirmatkan guru
mungkin sebab tu guru tu hilang kawalan..
dua2 salah
Quote cmf_wombat 2-8-2012 01:24 PM
strict takpe tapi jgn sampai tampar/pukul kat tempat yg tak sepatutnya...
kata guru disiplin.... musti tau tempat mana yg boleh dipukul n tak...
Quote selyusi 2-8-2012 02:24 PM
aku rasa cikgu tu dah lama bengang dengan budak tu. sebab tu ada sesi tampat menampar.
Quote zila_hakimie 2-8-2012 02:50 PM
bukan ke sayang anak tangan tangankan
hehe
cikgu tu sayang sangat le tu kat anak makcik yati ni..
Quote darkchoc 2-8-2012 02:52 PM
siasat jgn tak siasat..kena dgr cite dua2 belah pihak baru blh bt kptsn selanjutnya..
Quote lizaliza 2-8-2012 02:54 PM
kompem rambut ala-ala korea...
berjawab ler cikgu....dok belasah anak orang
Quote versys 2-8-2012 02:54 PM
Kalu polis yg tampar, ramai la yg berkokok pasal SOP..
Quote Cakkkk....aaaa 2-8-2012 02:56 PM
“Pesakit didapati ada masalah kurang dengar dan sakit di telinga kiri sejak 25 Mei lalu di mana pesakit mendakwa dia telah ditampar dengan kuat oleh seorang guru pada telinga kirinya serta mengemukakan satu laporan polis dari Balai Polis Changkat Jering.
Pemeriksaan klinikal pada 12 Jun lalu mendapati masalah kulat (Otomycosis) pada telinga kiri pesakit,” katanya.
kena pelempang boleh kena jangkit kulat kat telinga?

takde luka, takde cedera kat gegendang... nak claim hilang pendengaran?!

bodo

pastu nak mintak duit rm6k?

2x bodo..


Quote mclaren 2-8-2012 02:59 PM
sekolah mana ye?

dan..takkan tanpa warning cikgu tiba2 dtg pukul? ni mesti dah bg warning few times, lepas tu entah2 ada berlaku kekurangan ajar sikit kot mulut pelajar tu dgn cikgu? bulan2 puasa tgh lapar dan letih, cikgu pun hilang sabar (yang sepatutnya dia kena tahan lah ye) paaang bagi kat murid kurang ajar tu.
Quote zonan4 2-8-2012 03:00 PM
haah ada jangkitan kulat... apa kena mengena dgn cikgu tu? anak tah tah siap wanrna rambut lagi... mulut pulak tak hormat guru....
Quote Cakkkk....aaaa 2-8-2012 03:01 PM
bila pesakit datang... ada 2 benda yg korang kena faham...

pertama.. symptoms... yakni benda yg deme komplen...samada betul atau rekaan kena korek dengan soalan2 tertentu.

kedua bila dah jelas tentang apa yg deme komplen kena periksa... yakni signs(tanda)..kena check samada ceritanya selari dengan tanda yg ada.

terlalu banyak kes yg wujud hanyalah symptoms sahaja tanpa ada justifikasi sign atau tanda yg berkaitan.

contoh terbaik dalam kes ini lah.

utk kata bahawa betul berlaku kehilangan pendengaran kecederaan mestilah agak serius... sekurang2nya doktor tu nampak ada luka, gegendang pecah atau kecederaan lain.

dalam kes ini yg ada hanyalah jangkitan kulat pada telinga yg tak mungkin disebab oleh tamparan cikgu.

kepada makcik ni... agak2 lah nak defend anak pun... jangan jadi hamba anak.
Quote prettyuglybabe 2-8-2012 03:06 PM
Cakkkk....aaaa posted on 2-8-2012 03:01 PM
bila pesakit datang... ada 2 benda yg korang kena faham...

pertama.. symptoms... yakni benda yg d ...
kepada makcik ni... agak2 lah nak defend anak pun... jangan jadi hamba anak.


memang dah ramai mak pak jadi hamba anak cuma tak perasan je. dah tua esok kena kelar baru la nyesal tak ajar anak betul-betul..
Quote mclaren 2-8-2012 03:13 PM
Cakkkk....aaaa posted on 2-8-2012 03:01 PM
bila pesakit datang... ada 2 benda yg korang kena faham...

pertama.. symptoms... yakni benda yg d ...

saya perasan jugak ayat 'jangkitan kulat' tu (middle ear infection lah kot?) tp assumed kot2 lepas kena lempang tu, entah mcm mana kot2 ada cedera sikit kot sampai boleh kena infection, which after fikir2 mmg tak logik la. unless budak tu pun dok berhingus tak henti2 mmg kebetulan hari kena lempang tu mmg nak kena jangkitan  la kot he he.
entah la tak sure benda2 kaitan dgn medical ni.


tapi mmg tak logik if budak tu tak menjawab, tiba2 cikgu tampar. mesti budak tu kurang ajar teramat tu.

makcik, manja2 kan lah lagi ye anak tu, supaya lg cepat jd rosak.
Quote jerukkedondong 2-8-2012 03:16 PM
rambut korea camana..
macam rambut Tomok tu ke..
kalau mcm tu mmg  pdn pun muka dia kena pelempang...
cikgu2 pun ada byk masalh sendiri kat rumah/luar sekolah..
dtg sekolah nmpk pulak senario cam ni..
ingat boleh sabar ke..

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top