Menjelang Syawal sudah tentu muslimin dan muslimat seantero dunia sedang rancak dengan persediaan sambutan 1 Syawal.
Bermulalah episod mendapat segala bahan-bahan untuk membuat rendang, lemang mahupun ketupat bagi juadah pembuka selera di pagi hari raya. Ketupat merupakan menu yang paling sinonim dengan masyarakat Islam Malaysia apabila tiba hari raya. Terdapat dua jenis ketupat iaitu ketupat daun dan ketupat palas. Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Isinya pula ada yang kosong ada juga diletakkan kacang. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian. Tapi tahukah anda cara hendak menganyam kedua-dua jenis ketupat ini? Buat kaum wanita, malulah jika pulang ke rumah mertua tetapi apabila disuruh anyam ketupat jawabnya tak tahu. Usah gusar, jika tidak tahu ikut saja cara dibawah ini. |
zameyla replied at 23-6-2017 09:31 AM
gambaq kat atas tu dia buat ketupat daun palas betina...
Klu mak aku tengok dia marah mampoih...:lo ...
ADVERTISEMENT