CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

15 Tips Penting Ketika Pulang Ke Kampung Sempena Aidilfitri

22-6-2017 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3470| Komen: 12|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Pejam celik pejam celik rupanya Ramadan sudah hampir melabuhkan tirai buat tahun ini dan Syawal pula bakal tiba dalam beberapa hari lagi. 

Pastinya, ramai yang sudah mula membuat persiapan raya dan hanya menunggu masa sesuai untuk berangkat pulang ke kampung bagi menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta.

Tetapi tahukah anda? Mungkin ramai yang ambil mudah atau tidak tahu tentang apa yang perlu dibuat sebelum dan ketika pulang ke kampung. Untuk memudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila semak dan ikuti 15 tips berikut :


1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya tak berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.


2. Rumah di kampung kadang tak ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.


4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.


5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.


6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.


7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan telifon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok telefon bimbit. Kepimpinan melalui tauladan.


8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.


9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.


10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.


11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, masa raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.


12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.


13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita. Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain..jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati yang tua yang muda jangan rasa kita hebat.


14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba "enjoy" dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, siapa suruh kahwin!


15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.


Salam Syawal. Taqabbalallahu Minna Waminkum - CARI




13

Bagus
16

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
26

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote estrelle 22-6-2017 04:43 PM
Yeayy.cuti seminggu.heavenn
Quote prettyuglybabe 22-6-2017 04:47 PM
tiap-tiap tahun balik beraya pun acah-acah kena tips ke?
Quote CARI-HBZ 22-6-2017 04:50 PM
prettyuglybabe replied at 22-6-2017 04:47 PM
tiap-tiap tahun balik beraya pun acah-acah kena tips ke?



Otak manusia kadang-kadang pelupa. Jadi tak salah kalau kita sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain. Lagi pun yang langsung tak tahu boleh lah cuba praktikan. Betul tak




Quote kiambang 22-6-2017 05:05 PM
Jangan lupa kunci rumah sendiri, off peralatan elektrik dan baca doa yang sepatutnya sebelum keluar rumah ..
Quote RatuDunia94 22-6-2017 08:12 PM
Pagi raya tu bangun la awal sikit.. Pukul 6 dah bangun mandi.. Jangan pukul 7 baru nak bangun pastu berebut bilik mandi.. Mandi awal, siap2 awal kan bagus.. Pukul 7 tu kita dh siap sesambil tgok yg lain kelam kabut nk bersiap..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.073276 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top