Ayam Gunting Uncle Bob sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat marhaen dan terdapat banyak francaisnya di mana-mana pasar malam atau di pasar tani.
Apa yang istimewa sangat Ayam Gunting Uncle Bob ini? Kalau nak tahu, sudah pastilah cara penyediaan dan bahan-bahannya. Kepingan ayam akan dicelup dengan tepung dan beberapa bahan lain terlebih dahulu sebelum ia digoreng. Kemudian setelah selesai menggoreng, ayam akan digunting menjadi ketulan kecil dan akan diletakkan perasa tambahan samada biasa ataupun pedas mengikut citarasa pelanggan. Rasanya memang sedap dan sangat rangup. Harga pun mampu milik sekitar RM5-RM6 sahaja untuk satu hidangan tapi khabarnya sekarang harga Ayam Gunting Uncle Bob sudah naik kepada RM7? Jadi kalau nak lebih jimat, anda bolehlah mencuba sendiri resipi ini di rumah. Bahan-bahan : Dada ayam (Dihiris nipis) 1 cawan tepung goreng Adabi ½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur Sedikit serbuk cili Sedikit serbuk lada putih Minyak masak Cara-cara Penyediaan: 1) Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan. 2)Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung. 3) Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan. 4) Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak. 5) Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan. - CARI |
44
Bagus |
16
Marah |
42
Terkejut |
29
Sedih |
32
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 22-6-2017 11:49 AM
mana harga RM5-RM6..
sekarang RM7 dah..
kat danau RM8..
-electrifying- replied at 22-6-2017 03:16 PM
kt jalan tar 7 hengget
prettyuglybabe replied at 22-6-2017 03:39 PM
biasa yang jumpa standard RM7..
klu yang jual bawah RM7, memang stok ikhlas la..
klu yang jual a ...
watieabe replied at 22-6-2017 04:57 PM
Sedap sgt ke.. Tak pernah beli.. Kena try ni..
ADVERTISEMENT