Umum mengetahui, jodoh, rezeki dan ajal semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T. Namun jodoh yang berkait dengan pernikahan poligami sentiasa menjadi isu paling sensitif buat kaum wanita. Oleh kerana poligami adalah salah satu di antara syariat Islam, kebanyakan golongan suami suka mengusik si isteri untuk memasang hajat berkahwin lagi. Malah ada yang betul-betul merealisasikan hajat tersebut atas pelbagai alasan. Persoalannya, selepas berpoligami wajarkah "isteri muda" dilabel sebagai perampas suami orang? Hal ini kerana kebanyakan masyarakat sering memandang serong pada wanita yang sanggup berpoligami kerana dikatakan sanggup berkongsi kasih dan merampas kebahagiaan wanita lain.
Memetik portal mingguanwanita, semua orang mengimpikan untuk bertemu jodoh dengan pasangan yang mencintainya sepenuh hati dan dapat menjaganya seumur hidup. Sebagai wanita, pasti mendambakan lelaki yang masih bujang sebagai pasangan. Tidak ada yang memasang angan untuk menjadikan suami orang sebagai calon suami bukan? Walau bagaimanapun, takdir menentukan segalanya. Kita tak mampu melawan takdir yang telah tersurat. Bergelar isteri kedua, ketiga mahu pun keempat, pelbagai cabaran yang perlu ditempuh pada masa hadapan. Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Hariyati Ariffin, masyarakat selalu beranggapan wanita yang menjadi isteri kedua/isteri muda ini wanita yang tak bagus akhlaknya, perampas kebahagiaan orang lain. Dalam hal ini, kita boleh lihat perkara ini dari dua sudut berbeza iaitu sudut positif dan sudut negatif. “Ada wanita yang sanggup menjadi isteri kedua untuk membantu suami menjaga isteri pertama yang mungkin sakit. Jika begini, wanita ini tidak sepatutnya digelar perampas. Sebaliknya melakukan pengorbanan besar kerana sanggup membantu suami untuk menjaga isteri pertama. Anak-anak dan rumah tangga. “Dari sudut negatifnya, wanita itu mungkin berkahwin dengan suaminya yang jauh lebih berusia adalah disebabkan tarikan material semata-mata. Sanggup mengahwini lelaki yang jauh lebih tua daripada mereka, yang sudah layak dipanggil ayah. Ada juga isteri kedua yang ‘tidak sedar diri’ dan berlebih-lebih sehingga memberikan kata dua kepada suami supaya ceraikan isteri pertama walau pun isteri pertama rela dimadukan. Kalau kes macam ini, selayaknya dia digelar perampas.” Ujar Hariyati memulakan bicara. “Tak dinafikan, mungkin ada isteri kedua yang sanggup berkongsi kasih kerana benar-benar sayang pada lelaki tersebut. Mereka jujur dan setia dengan suami mereka walau pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui. Namun bagi saya, mungkin 20 peratus sahaja dalam kategori ini. Manakala 80 peratus adalah disebabkan oleh faktor kebendaan dan kestabilan hidup" kata Hariyati Ariffin. Jadi sudah jelas di sini bahawa bukanlah semua "isteri muda" adalah perampas hak orang lain. Selain faktor-faktor yang dinyatakan di atas, mungkin juga ada di kalangan wanita yang tertipu dengan status teman lelaki hingga sudah terlajur cinta. Mulai hari ini, marilah kita perbetulkan semula tanggapan negatif terhadap pasangan yang berpoligami terutamanya yang telah bergelar "isteri muda". Ini kerana berpoligami itu satu ibadah bagi lelaki yang mampu dan juga buat wanita yang bermatlamatkan redha Allah. - CARI. |
13
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
13
Sedih |
28
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
qistiena replied at 20-6-2017 03:20 PM
nape selalu salahkan perempuan...
kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
chinta89 replied at 20-6-2017 02:48 PM
bini tua pun ko x bg nafkah,... mcmne pejabat agama boleh lepas nk bg kebenaran nikah satu lagi? jd ...
ADVERTISEMENT