Seorang wanita penghidap HIV dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Agung Utara Jakarta. Wanita yang dikenali sebagai LM itu bersalah membunuh bayinya yang baru dilahirkan di sebuah tandas awam di Tanjung Priok, Jakarta Utara.
Selepas melemaskannya, wanita tersebut kemudiannya mencampakkan mayat bayi malang itu ke dalam sungai. “Dia membuat begitu kerana khuatir anaknya terkena jangkitan HIV dan menjalani hidup yang sukar,” kata peguamnya, Albert Wirya dari Perkumpulan Lembaga Bantuan Hukum Masyarakat (LBH). Menurut laporan Detik News, mahkamah mendakwa LM telah menyalahi Perkara 341 Kanun Jenayah berkaitan dengan pembunuhan anak.
“Kami mendapati undang-undang untuk menyabitkan LM adalah tepat, tetapi tidak menghormati keputusannya (membunuh bayi itu). "Hasil siasatan ke atasnya adalah benar dan adil, tetapi saya kesal kerana polis tidak menangkap suaminya yang juga bersalah kerana melakukan penderaan,” kata Albert. -CARI
|
15
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
-electrifying- replied at 20-6-2017 05:01 PM
apa punca mak nye ade hiv? dri suaminya? dan sbb apa?
Super-M replied at 20-6-2017 05:11 PM
samada dr diri sendiri atau suami..aritu ada handle kes pasangan laki bini hiv + tp anak dia sihat ...
caprut replied at 20-6-2017 07:12 PM
ko doc ke ??
ADVERTISEMENT