Orang kata jangan terlalu manjakan kekasih dengan barangan mewah, takut nanti cintanya hanya kepada kebendaan dan harta dunia semata-mata.
Namun rasanya kata-kata begitu tidak memberi kesan langsung kepada pasangan sensasi Internet iaitu model muslimah, Syafiqah Aina dan kekasihnya Hafiz Mahamad. Kalau tahun lepas kecoh dan viral di media sosial bila Hafiz meraikan hari jadi Aina dengan menyewa sebuah kereta limosin putih, kali ini lagi gempak! Bukan calang-calang orang yang mampu menghadiahkan kekasihnya sebuah kereta Honda Civic berwarna merah. Bertuah sungguh Aina! Teruja dan gembira dengan kejutan yang diberikan, Aina melalui laman Instagramnya telah memuat naik beberapa keping gambar dan video pada malam sambutan hari lahirnya yang ke-23 itu.
Dia juga sempat menyatakan perasaan terharu dan teruja dengan pemberian Hafiz kali ini yang langsung tidak disangka-sangka. Namun biasalah, "haters gonna hate' apabila rata-ratanya meluat dengan Hafiz yang diakatkan riak dan suka menunjuk-nunjuk tentang perhubungan cintanya. "Balik-balik muka mamat dan minah acah-acah sweet ni lagi,tak ada orang lain ke yang nak buat suprise!" "Kalau betul jadi bini takpelah bro, takut terjaga jodoh orang lain je. Goodluck!" "Dari kau beli kereta tu baik buat majlis kahwinlah. Daripada duk bergesel dan berkepit sana sini haram, baik korang nikah." Tapi apa yang melucukan bila netizen berbincang sesama sendiri di Twitter, adakah kereta yang dihadiahkan itu dibeli secara tunai, atau siapa yang akan bayar bulan-bulan nanti? Walau bagaimanapun ada juga netizen yang bertindak diluar batasan dengan kata-kata yang mengguris hati lelaki ini. Menurut satu kapsyen di laman Instagram, Hafiz ada menyatakan, "Kita ada beberapa bulan sahaja yang tinggal. Saya harap awak dah sedia untuk memulakan babak baru dalam hidup awak dengan saya." Rasanya ayat ini dah cukup jelas menyatakan yang pasangan ini akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Jadi apa kata doakan sahaja kebahagiaan buat mereka berdua. Setiap pasangan ada cara untuk menghargai kekasih masing-masing. Kalau pasangan anda tidak mampu, jangan pula meminta lebih-lebih. Bersederhana, bersyukur dan terima mereka dengan seadanya, itu lebih baik. -CARI
|
17
Bagus |
13
Marah |
24
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT