CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayar Van Pecah, Suami Isteri Maut Tercampak Keluar

18-6-2017 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5011| Komen: 29

Lagi kemalangan di bulan Ramadan menyebabkan sepasang suami isteri maut apabila van dinaiki hilang kawalan akibat tayar pecah.

Dalam kejadian di Batu Karang, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, semalam, anak lelaki pasangan terbabit iaitu Mustaqim, 22, hanya cedera ringan.


Memetik Harian Metro, mangsa Jehsalamae Ma-Ae berusia 48 tahun dan warga Thailand bersama isterinya Noorashikin Berahang, 45, warga tempatan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan.


Foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad, mangsa dalam perjalanan ke Pasir Mas dari kediaman mereka di Rantau Panjang sebelum tayar van Ford Spectron dinaiki pecah.


“Ekoran daripada itu, van yang dipandu Jehsalamae hilang kawalan sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan,” katanya.

Pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan anak mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
27

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
30

Sedih
30

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 18-6-2017 02:15 PM
Saya syak seatbelt buat hiasan jah? ataupon x pakai sebab taku dihencap skema oleh orang ramai?
Quote Changa 18-6-2017 02:18 PM
Cash sebab tak pakai seatbelt, macam.kes bunuh diri jah lah bagi akak
Quote AbukRokok 18-6-2017 03:52 PM
crashhhh la dekkk
Quote Decaffeinated 18-6-2017 04:00 PM
Memetik Harian Metro, mangsa Jehsalamae Ma-Ae berusia 48 tahun dan warga Thailand
innalillahi...

Nama Che Sulaiman Ismail tapi sebut cara Kelantan eja cara Siam ini lah jadi...

ada budak Siam company aku dulu orang panggil Sek rupanya kat kampung orang panggil dia Gho-sek (Rashid) Nama Siam dia aku lupa...



Quote dinopower 18-6-2017 05:10 PM
famri7 replied at 18-6-2017 02:15 PM
Saya syak seatbelt buat hiasan jah? ataupon x pakai sebab taku dihencap skema oleh orang ramai?

most kereta skrg klau tak pakai seatbelt ade bunyi.... iols tak kisah dipanggil skema rambut belah tgh pun.... pakai je seat belt wpun dekat   
Quote Pink_Purple 18-6-2017 05:17 PM
takziah   

alfatihah
Quote koeyqi 18-6-2017 05:19 PM
aiks, tak pakai seat belt
Quote matchstick 18-6-2017 05:26 PM
van lama gini ntah seat belt masih berfungsi ke x
Quote famri7 18-6-2017 06:41 PM
dinopower replied at 18-6-2017 09:10 AM
most kereta skrg klau tak pakai seatbelt ade bunyi.... iols tak kisah dipanggil skema rambut belah ...

hoi gigih kau angkat bakul..bertaubatlah dibulan puasa.
Quote NBM 18-6-2017 06:46 PM
takziah, pergi di bulan ramadan  semoga mendapat keampunan dariNya, kesian anaknya
Quote dinopower 18-6-2017 06:58 PM
famri7 replied at 18-6-2017 06:41 PM
hoi gigih kau angkat bakul..bertaubatlah dibulan puasa.

bila lg weh  
sis pose ke? p la tlg mak wat cucur tuh  
Quote otai_g 18-6-2017 07:13 PM
Ni van lama ni. Kenderaan lama mmg kurang skit ciri2 keselamatan. X pki seat belt pun x kuar warning apa. Abs, ebd semua x da.
Quote Changa 18-6-2017 07:20 PM
otai_g replied at 18-6-2017 07:13 PM
Ni van lama ni. Kenderaan lama mmg kurang skit ciri2 keselamatan. X pki seat belt pun x kuar warning ...

Tanggungjawab pakai seatbelt tak perlu tunggu warning pun, first thing buat bila start jalan kereta adalah pakai seatbelt, pprt sunni jah tunggu warning baharu nak pakai
Quote sabbath_shalom 18-6-2017 08:08 PM
Abis dicat semua biru luar dalam.

Quote Pink_Purple 18-6-2017 08:49 PM
sabbath_shalom replied at 18-6-2017 08:08 PM
Abis dicat semua biru luar dalam.

cat biru?            
Quote devilito2 19-6-2017 08:15 AM
innalillah.... takziah
Quote chinta89 19-6-2017 08:53 AM
org lagi sedih korang kutuk2.. xde simpati langsung?
Quote putehkundor 19-6-2017 08:55 AM
kesian kat anak tu dah jadi yatim piatu sekelip mata, seb baik dah umur dah 20an.
Quote harrypoter 19-6-2017 09:19 AM
Innalillah..takziah

*berita kematian mcmni pun boleh ada juga komen begurau senda ye, pelik betul  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.109257 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top