Syeriv Samheizy. Pergh, tergeliat lidah nak sebut nama anak pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.
Akhirnya, selepas sebulan barulah pasangan itu bersedia berkongsi nama cahaya mata sulung mereka. Nama unik Syeriv diumumkan menerusi akaun Instagram (IG) Sam dan isterinya berserta gambar sebuah katil bayi. “Yeayy tak sabaq mau pulang!! Haaa hampa gaduh sangat kan nak tau nama bebiboi. Haaa tu pi eja sendiri. Anak ibu @syerivsamheizy. Sapa nak tengok muka bebiboi? Hampa tunggu sat,” tulis Syatilla.
Sementara itu, jelas kebahagian dan keterujaan dipamerkan Sam menerusi gambar serta kapsyen di IG nya. “Tinggal beberapa hari je lagi Putera @syerivsamheizy beta akan pulang ke Istana dan menguasai kausnya ini!!! Hehe. Yeay!!!” tulis Sam. Perkongsian nama itu menyebabkan akaun IG mereka dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan pengikut. Malah, ada yang berseleroh menyatakan nama Syeriv terlalu ‘unik’ sehingga berbelit lidah mereka nak menyebutnya. Pasangan itu bagaimanapun masih belum mahu mendedahkan wajah bayi sulung mereka kepada orang ramai. Terdahulu, Syeriv dilahirkan pada 9 Mei 2017. Berbelit juga lidah ini nak menyebut nama anaknya. - CARI |
18
Bagus |
20
Marah |
18
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT