Dalam kepesatan pembangunan negara, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik di kalangan remaja seperti pembuangan bayi yang dipercayai pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol.
Walaupun pelbagai langkah dan kempen kesedaran diambil kerajaan, namun kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa dan keadaan ini amat membimbangkan. Baru-baru ini, memetik laporan Bernama, seorang bayi lelaki dengan kesan gigitan semut dan berkeadaan lemah ditemui dalam bungkusan di kawasan gerai cendol Jalan Salut, Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra dalam satu kenyataan berkata bayi itu ditemui pada jam 12 tengah hari Isnin oleh peniaga buah buahan. Peniaga tersebut dikatakan terlihat satu bungkusan beg berhampiran gerainya dan mendapati bungkusan tersebut bergerak-gerak. Setelah dibuka peniaga itu terkejut mendapati isi kandungan bungkusan tersebut adalah seorang bayi. Bayi yang ditemui itu berada dalam keadaan lemah, tidak bersuara atau menangis serta terdapat kesan gigitan semut pada bibir dan badannya. Polis kini giat mengesan ibu bapa bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis berdekatan.- CARI |
18
Bagus |
34
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jorja replied at 13-6-2017 12:19 PM
In KK? Kalau tak ada yg claim saya mau adopt pls..
rosasa replied at 13-6-2017 03:03 PM
kesiannya...bangsa apa ni rasanya sis @chazey
mommymonster82 replied at 13-6-2017 03:19 PM
Beria bc igtkn digigit anjing ke biawak... tolongla lain kli klau nk buang pon letakla kt tempat yg ...
chazey replied at 13-6-2017 03:10 PM
Tuaran tu multi racial area. Sebab ini baby putih saiya mahu tuduh ini kalau bukan Dusun, misti ...
merrissa replied at 13-6-2017 03:52 PM
memang dia nak tinggai bagi mati kot...xkan nk tinggai kt hotel 5 bintang bagai...huhuhu
ADVERTISEMENT