Sering diajukan dengan soalan mengenai cahaya mata, ia tidak membuatkan penyanyi Mark Adam berasa tertekan sedikit pun.
Usianya yang mencecah 14 tahun membuatkan ramai yang sering bertanya tentang anak, namun Mark berkata rezeki masih belum berpihak kepadanya dan menyerahkan segalanya kepada tuhan. “Tidak dinafikan memang setiap kali raya orang akan bertanya mengenai soal anak namun saya anggap pertanyaan itu adalah normal untuk diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin. “Waktu mula-mula dulu memang ada sedikit tertekan tapi lama-kelamaan saya dan isteri rasa biasa saja. “Saya dan isteri sangat sukakan budak-budak dan saya percaya pada rezeki tuhan, kita tunggu sajalah,” katanya. Untuk rekod, Mark, 37 telah mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, 36 sejak 2003. - CARI |
sakurazura replied at 8-6-2017 06:03 PM
ingat fikri hsc buat mark adam tertekan. da kenapa pulakkk
kiah_mai_pulak replied at 8-6-2017 11:31 AM
#senakketidak?? Mark Adam ni??
ADVERTISEMENT