Berikutan telefon bimbit anak dirampas oleh pengetua sekolah, seorang bapa dari Singapura merasakan rampasan tersebut tidak wajar, maka bertindak menyaman pengetua terbabit. Memetik laporan BBC, tuntutan saman itu dibuat kerana bapa kepada anak itu beranggapan menganggap tindakan pengetua itu telah mencabul hak asasi pelajar. Dalam tuntutan injunksi tersebut, pihak sekolah dikehendaki memulangkan semula telefon berjenama iPhone 7 yang telah dirampas sekolah sejak tiga bulan lalu selain menuntut jumlah yang tidak diketahui kerosakan. Bagaimana pun, hakim telah menolak injunksi tersebut kerana merasakan rampasan itu ‘wajar’ sebagai prinsipal itu menguatkuasakan peraturan sekolah walaupun tuntutan masih belum diselesaikan lagi.
Hakim menjelaskan rampasan yang dilakukan adalah sebagai pengajaran bahawa mereka tidak boleh menggunakan telefon bimbit semasa waktu sekolah dengan sewenang-wenangnya. Dalam pada itu, tegas hakim, pihak sekolah berhak menyimpan telefon bimbit yang dirampas itu selama tiga bulan menurut peraturan sekolah. Menerusi satu pekeliling yang dibuat pada Januari lalu, sekolah tersebut mengulangi larangan ke atas telefon bimbit kerana ia akan menimbulkan gangguan dari pembelajaran dan pelajar perlu menyimpannya bersama-sama peranti elektronik yang lain di dalam loker semasa waktu sekolah.- CARI |
46
Bagus |
30
Marah |
35
Terkejut |
27
Sedih |
18
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-LTS replied at 8-6-2017 01:09 PM
sumber: www.gazetadopovo.com.br/
ADVERTISEMENT