Serpihan pesawat tentera Myanmar yang didapati hilang bersama 122 orang yang terdiri daripada 108 orang penumpang dan 14 krew kabin ditemui di Laut Andaman pada lewat petang kelmarin, kata pegawai rasmi negara itu. Memetik laporan CNN, kapal dan pesawat tentera laut menjalankan usaha pencarian sejak tengahari Rabu apabila pesawat tersebut terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara. Seramai 15 kanak-kanak, 58 orang dewasa awam adalah antara penumpang yang dipercayai terlibat dalam nahas itu, pesawat hilang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Myeik ke Yangon. "Kini mereka menemui serpihan pesawat dalam laut pada jarak 218 kilometer (km) dari bandar Dawei," kata pegawai pelancongan Myeik, Naing Lin Zaw.
Tambahnya, pasukan tentera laut masih meneruskan usaha pencarian di kawasan tersebut. Menurut laporan Al-Jazeera, ketua komander tentera udara Myanmar berkata, pesawat berkenaan terputus hubungan dari selatan pantai Myanpar pada pukul 1.35 petang waktu tempatan.- CARI |
7
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
catalina replied at 8-6-2017 01:41 PM
Kenapa ada kanak2??
Misi aper yg derang sedang buat ada org awam dalamnya?
aku.semut.merah replied at 8-6-2017 12:57 PM
MH370 jugak tak jumpa2 :
ADVERTISEMENT