Pengasas kosmetik yang sering tampil dengan produk memutihkan kulit, siapa lagi kalau bukan Dato Vida sering dikritik kerana anaknya sendiri, yang dikenali sebagai Cik B tidak menunjukkan hasil seperti produk ibunya itu.
Cik B yang hanya berusia 12 tahun, sering menerima tempias populariti Vida sendiri dan hasilnya dia dikutuk oleh netizen yang dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan barangan yang dijual oleh syarikat ibunya. Memang kasihan, kerana seorang kanak-kanak yang tidak bersalah turut terpalit dengan perasaan negatif netizen. Pun begitu, Vida sesekali tidak mengambil hati malah tidak terkesan dengan kutukan tersebut. Menerusi beberapa entry terbaharu di laman Instagram miliknya, pemilik Qu Puteh itu berkata,
"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, mama tetap sayang Cik B. My only girl." Sebelumnya, Vida turut memuatnaik status berbunyi, "Perkenalkan Cik B masa kecil-kecil. Puteh ja masa kecik dulu. Sekarang ni hite (hitam) sebab main panas. "Suka main bola dengan kawan-kawan. Cik B ini brital. Tak minat lagi nak berhias-hias ni...baru ja 12 tahun." Selaku ibu sudah tentu mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya. Katanya lagi, Cik B kini masih dalam proses tumbesaran dan orang yang mengata itu harus tahu siapa sebenarnya orang yang dikutuknya. Netizen turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Vida agar tidak mempedulikan tohamahan terhadap diri dan keluarganya. "Pedulikan kutukan orang. Yang penting Cik B membesar dalam suasana yang positif dan baik." Bagaimana pula dengan anda? Pernah mengalami situasi yang sama? - CARI |
36
Bagus |
34
Marah |
16
Terkejut |
35
Sedih |
30
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fazamania replied at 8-6-2017 01:44 PM
Dah tahu anak tu buruk, jangan lah exposekan dkt media social. Pengikut media social ni jahat bila b ...
ADVERTISEMENT