Kimchi adalah salah satu makanan Korea paling popular dan nampaknya rakyat Malaysia pun ramai yang gilakannya! Berita baik untuk penggemarnya kerana di sebalik rasanya yang masam-masam pedas, rupa-rupanya kandungan yang terdapat dalam Kimchi adalah sangat baik untuk kesihatan.
Lebih elok kalau menjadikan Kimchi sebagai salah satu hidangan sampingan utama ketika bersahur dan berbuka puasa. Dipetik dari Boldsky, ini adalah antara lima kebaikan Kimchi yang harus anda ketahui. 1. Menyihatkan usus Kimchi adalah sangat baik untuk usus kerana makanan ini mengandungi probiotik yang membantu masalah pencernaan. Amalkan makan kimchi sekurang-kurang sekali ketika berbuka puasa pun sudah cukup untuk mengelakkan masalah dalam usus.
2. Membantu untuk kurus Penggunaan cili merah yang digunakan dengan banyak untuk membuat Kimchi memang selalu disebut-sebut baik untuk kesihatan. Capsaicin yang ada dalam cili dapat menigkatkan tahap metabolisma badan. Kalau berpuasa dah jadikan kita kurus, apatah lagi kalau dibantu dengan memakan Kimchi kan? 3. Bantu untuk kelihatan awet muda Kimchi yang diperam mengandungi antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu ia juga membantu menyihatkan kulit, rambut dan mengurangkan kedutan pada wajah. 4. Anti-Kanser Kobis cina dan lobak putih untuk menghasilkan Kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang. 5. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan Kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa. Wah, tak sangka Kimchi memang baik untuk kesihatan badan kita. Jom, mulakan sekarang memakan Kimchi untuk mendapatkan segala kebaikan darinya. -CARI
|
21
Bagus |
17
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
21
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Zasss777 replied at 7-6-2017 07:33 PM
Tak pernah try lagi
ADVERTISEMENT