Orang Terengganu memang tidak pernah mengecewakan kalau bab makanan. Kebanyakan yang dijual memang berkualiti dari segi rasa dan berbaloi sungguh dari segi harganya.
Antara yang popular dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini adalah sebuah gerai yang menjual ayam yang dibakar menggunakan tin di Kuala Nerus. Fuh, memang unik dan kreatif kerana cetusan idea dari peniaga ini memang benar-benar mengembalikan nostalgia macam zaman-zaman dulu. Pemilik gerai yang dikenali sebagai Mohd Aisamuddin Razak ini memanggang ayam menggunakan 21 buah tin sepanjang bulan Ramadan ini. Sambutan yang menggalakkan dari pelanggan terbukti ayam bakar yang dijual di sini memang terbaik. Bagi anda yang nak merasai sendiri kenikmatan ayam bakar yang istimewa ini boleh datang ke gerai jualan Ayam Teng JJJ di Taman Mahadir, Gong Badak. Hanya RM24 untuk seekor ayam, sudah cukup untuk sekeluarga makan. -CARI |
33
Bagus |
32
Marah |
26
Terkejut |
14
Sedih |
34
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orang Kedah memang tidak pernah mengecewakan kalau bab makanan. Kebanyakan yang dijual memang berkualiti dari segi rasa dan berbaloi sungguh dari segi harganya.
chinta89 replied at 7-6-2017 03:18 PM
kat mana kuala nerus, kedah ni??
ak tahu kuala nerus terengganu je lagi2 mention Gong Badak tu haa ...
Tak keterlaluan rasanya kalau memberi julukan Negeri Jelapang Padi ini sebagai syurga makanan.
kikuri replied at 7-6-2017 03:37 PM
kannn... tok jiring tu pon sah sah la kat t'ganu
fox. replied at 7-6-2017 04:01 PM
ni fb nya
https://ms-my.facebook.com/AmazingTerengganu/photos/a.180820478728242.58688.18035821877 ...
chinta89 replied at 7-6-2017 04:03 PM
ooo mmg terengganu la?
adoi mcmne blh tulis kedah di awal2 td tt oiii...
ADVERTISEMENT