Dua faktor utama telah dikenal pasti menjadi punca kepada nahas helikopter yang mengorbankan seorang timbalan menteri dan lima lain di Sungai Batang Lupar, Sarawak pada Mei tahun lalu. Demikian kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas Majlis Pelancaran Buku Sejarah Penubuhan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) kelmarin di ibu negara. Memetik laporan Bernama, beliau menjelaskan masalah cuaca dan juruterbang tidak biasa dengan keadaan persekitaran dikenal pasti telah menyebabkan helikopter berkenaan terhempas. “Kalau juruterbang fasih dengan keadaan di sana (sudah pasti) boleh elak ribut, tapi juruterbang hanya ikut alat pengesan lokasi (GPS) dan terbang merentasi ribut itu."
Beliau mengulas laporan akhir nahas helikopter Kuching Sarawak telah siap dibentang ke Kabinet pada bulan lepas dan bakal dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk tatapan umum dalam masa terdekat. Dalam nahas helikopter di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, Kuching Sarawak pada Mei tahun lalu mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima penumpang lain. Dalam pada itu, bagi mengelakkan kemalangan udara berulang lagi seperti mana yang berlaku dalam tragedi helikopter di Batang Lupar, beliau juga mencadangkan juruterbang asing menjalani kursus khas penerbangan helikopter dalam negara sebelum mereka dibenar menerbangkan pesawat itu di negara ini.- CARI |
24
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
24
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun
ocho replied at 6-6-2017 11:40 AM
blame the weather je kekdahnya nooks ...kalau mcm tu xperlu siasat mkn masa setahun
dodolgemok replied at 6-6-2017 03:03 PM
Mana ada cuaca semata2. Kan ditulis tu faktor cuaca dan pilot. Baca kasi habis dulu baru boleh kec ...
ADVERTISEMENT