CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Syok' Curi Kelapa, Dua Lelaki Diikat Di Pokok Oleh Orang Kampung

3-6-2017 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6509| Komen: 56

Dua lelaki menerima padah apabila penduduk kampung mengikat mereka pada sebatang pokok gara-gara mencuri buah kelapa.

Memetik laporan mStar Online, dalam kejadian 10.30 pagi itu, penduduk Kampung Tersususun  Batu 7 Lekir Sitiawan berjaya mencekup kedua-dua individu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi lima meter diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran.


Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim, 65, berkata, "Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.

Add Image Caption Here
"Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan sebaik kami terus menangkap dan mengikat kedua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok."


Yaacob menambah tujuan mengikat kedua-dua suspek yang berumur antara belasan tahun hingga 30an itu adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Walaupun merayu untuk dilepaskan sambil mengaku ia pertama kali dilakukan, namun semuanya sudah terlambat dan gambar-gambar mereka diikat juga sudah menjadi tular di media sosial. -CARI
6

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 3-6-2017 01:03 PM
di bulan mulia pon wat hal..merayu plak mnta d lepaskn...errmm..mmg ptot laa kna ikat..
Quote jetrofa 3-6-2017 01:06 PM
nak mencuripun cari la pokok klapa yg tengah hutan dek.. ini depan rumah org.. nak tergelak iol.. cash duit raya la kann..
Quote NekNgah 3-6-2017 01:12 PM
Pokok kelapa di kampung NekNgah tak ada orang nak panjat.  Datang lah,  NekNgah bayar upah panjat. Berkat rezeki nak ooiii...
Quote CiliPadiSedap 3-6-2017 01:27 PM
kelakar
Quote jazaa100 3-6-2017 01:38 PM
Kelapa muda sebijik rm5....


Quote AyaqMeloSuam 3-6-2017 01:54 PM
Adoiii.. p la mncuri kt ladang klapa... ni dpn umh org kpg lk tu
Quote beautifulliar 3-6-2017 01:56 PM


Klkar cara ikat gitu..ingtkn diikat sambil duduk
Quote pearl.silver 3-6-2017 02:02 PM
Kt tempat iols, depa amik kelapa kat tanah yg tuan entah ke mana...asal jgn amik kat tanah yg tuan nya wujud kat situ..
Quote nour2001 3-6-2017 02:03 PM
Nasib tak kena belasah.diberi peluang utk berubah..tobat dek..mencuri bulan puasa plak tu..
Quote Zasss777 3-6-2017 02:14 PM
Jadikanlah iktibar ye dik!
Quote grouper 3-6-2017 02:17 PM
Byk indon yg buat keje curi buah ni tmpat aku..naik moto bwk galah teleskopik utk cat tu n pusing taman cari buah pelam..penuh guni kot. Tapi diorg expert ambil masa x smpai 3 min satu pokok tgk byk buah ke x
Quote fefeeling 3-6-2017 02:20 PM
Prektis rock climbing kot lol
Quote MSAR 3-6-2017 02:44 PM
Mujur diikat kat batang pokok kelapa tu...kalau diikat kat tandan kelapa tu cmne laa agaknye
Quote Decaffeinated 3-6-2017 02:47 PM
Jenis yang curi buah ni kategori nakal ja kot?..... ka xde beza dengan yang makan rasuah....

Quote amyza 3-6-2017 02:56 PM
Oklah tu,pengajaran.harap2 insaf la diorg.
Quote Knowlee 3-6-2017 03:47 PM
Kena ikat mcm ni ok la. Tak belasah teruk2. Kena ikat ni pun dah cukup memalukan diorg.
Quote wasabi29 3-6-2017 03:58 PM
Hahahah sib baik tak kena belasah ni okay sikit
Quote sebu1 3-6-2017 04:02 PM
Kah kah kalau luruh kelape atas kepale mau babai
Quote cmf_Kimmy 3-6-2017 05:09 PM
Zaman sekarang tanaman pun dia orang curi. Rumah aku pisang tandok orang curi, jiran aku kelapa yg pokoknya dlm kawasan rumah kena curi.......

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062959 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top