Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izzue Islam dan pasangannya, Awin belum lagi memperoleh rezeki untuk mendapat cahaya mata.
Dalam satu status ucapan ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini, Izzue berharap dapat menyambut ulang tahun kelima perkahwinan secara bertiga pula. Status yang dimuat naik Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 27, tersebut mendapat perhatian dan menyentuh hati peminat yang mendoakan pasangan tersebut dikurniakan zuriat secepat mungkin. "Ya, siapa yang tidak mahu rezeki cahaya mata tapi saya percaya dengan perancangan Allah. Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni.
"Insya-Allah, suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami," ujarnya kepada mStar Online. Walaupun belum ada anak sebagai penyeri, aktor drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' berkata kehidupan yang dilalui bersama isteri tercinta amatlah bahagia. "Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai suami-isteri. Empat tahun berlalu bagaikan baharu sahaja kami disatukan. "Keputusan saya untuk berkahwin awal juga tidak langsung menjejaskan kerjaya seni saya, malah diberi rezeki yang lebih banyak," ujarnya. Ditanya tentang rahsia rumah tangga bahagia Izzue menyatakan, "Sedangkan lidah kagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh manja itu biasa sebab lepas gaduh kita pujuk memujuk. Bagi kami saling faham dan percaya antara satu sama lain adalah perkara utama dalam rumah tangga." Apa pun kami doakan agar pasangan ini akan dikurniakan zuriat tak lama lagi dan kekal hingga ke akhir hayat. -CARI
|
22
Bagus |
20
Marah |
35
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
darkchoc replied at 3-6-2017 11:36 AM
Berapa umo wife dia ..
rempah_ratus replied at 3-6-2017 03:35 PM
Penah jumpe die nie dgn wife die, dkt luar wife die nie lawa je, kecik je org die, comel .. maybe dl ...
ADVERTISEMENT