Dalam pada ramai yang mengomel dan merungut dengan peniaga bazar Ramadan yang bukan sahaja mengenakan harga mahal, malah kuantiti yang didapati juga sangat mendukacitakan.
Pendek kata memang begitu mengecewakan hati para pelanggan. "Tergamak peniaga membuat sedemikian ya?" kata seorang netizen. Namun begitu, bukan semuanya sama ya. Jangan kerana dek nila setitik habis susu sebelanga. Ternyata masih ramai peniaga yang ikhlas, tidak berkira dan tidak kedekut. Seperti peniaga yang menjadi viral sejak tahun lalu, Rahman Briyani. Melalui rakaman video, dapat dilihat para pelanggan sanggup beratur panjang sehingga bermeter-meter jauhnya hanya untuk mendapatkan sebekas nasi beriani daripada pakcik ini.
Memang, ramai yang tidak tahu disebalik kemanisan atau pun kejayaan ini, banyak dugaan yang didapati sebelum berada pada tahap seperti itu. Ini diceritakan oleh anak kepada pakcik pengusaha beriani ini sendiri menerusi laman Facebook. "Orang nampak yg manis je. Orang takkan nampak macam mana bermulanya sesuatu tu sampai boleh jadi macam ni. 10 tahun beb. bukan setahun. bukan 2 tahun. bukan 3 tahun. tapi 10 tahun berniaga nak sampai ke tahap yang mcm ni. "Dari mula masak kt depan rumah je setiap tahun, Alhamdulillah tahun ni masak dekat kedai. Tu pun lepas 9 tahun beb. Korang boleh bayangkn sendiri macam mana keadaan rumah bila masak bnyk2." Katanya lagi, dia tak kan melupakan pesanan bapanya bila terlibat dengan perniagaan. 1. Ayah aku selalu cakap kt kitorng jgn pernah putus asa kalau berniaga ni. Tahun pertama niaga, kitorng menjerit nak tarik customer, "bang nasi briyani bang nasi briyani" sampai hilang suara. 2. JANGAN KEDEKUT waktu niaga. Niatkn laa bersedekah bila kita bagi nasi atau lauk tu lebih dr org lain yang biasa bagi. Ni mmg betul. Setiap satu bungkus nasi briyani kitorng jual inshaallah korang mmg boleh kongsi 2 orang. 3. Jangan pernah takut nak bagi lebih dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA! Loading FB Post... Memang apa yang dikatakan itu, bukan omongan kosong. Ramai di kalangan netizen lain turut memuji nasi beriani yang dibeli di sini begitu 'melimpah ruah'. "Banyaknya nasi yang pakcik ni bungkus, melimpah. Moga rezeki pakcik pun turut melimpah ruah." "Orang jujur dalam meniaga rezekinya takkan putus selamanya." Memang, kisah peniaga sebegini seharusnya disebarkan agar memberi inspirasi kepada ramai orang terutamanya peniaga lain. - CARI |
30
Bagus |
42
Marah |
15
Terkejut |
32
Sedih |
21
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MissMamamia75 replied at 2-6-2017 07:07 PM
Akak baru blk dr bazar..teringin nak mkn nasi minyak..sekali bila tgk nasinya..aduhai..ciput jer..su ...
ADVERTISEMENT