Seorang penuntut lelaki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditemui maut selepas dipercayai didera rakannya menggunakan seterika wap. Laporan mStar Online menyatakan, mangsa Zulfarhan Osman, 21 yang juga pegawai kadet laut ditemui dengan kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, kaki dan tangannya. Kematian mangsa disahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya. "Innalillah. sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Al Fatihah." Hisahmuddin juga telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk menjalankan siasatan segera.
Malah menurutnya lagi tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah. Polis telah menahan 30 individu di UPNM Sungai Besi untuk membantu siasatan. -CARI
|
37
Bagus |
28
Marah |
27
Terkejut |
21
Sedih |
20
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT