CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akamai Lapor Sambungan Internet Malaysia 10 Terpantas Di Asia Pasifik

1-6-2017 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4141| Komen: 15

Menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai, purata kelajuan sambungan Internet Malaysia berada di tangga ke-10.


Foto: NDTV

Memetik Bernama, Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai mendapati Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas iaitu 8.9 Megabit per saat (Mbps), serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016.

"Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun," menurut Akamai.

Sektor telekomunikasi Malaysia kini memperkenalkan rangkaian 5G dan 4.5G, sekali gus mengukuhkan penerimaan digital dalam negara.


"Malaysia mempunyai jumlah penduduk generasi muda yang semakin meningkat, mereka merupakan pengguna cekap teknologi dengan kuasa beli yang besar.

"Sebelum ini, demografik tersebut sentiasa menjadi pengguna awal teknologi baharu, dan faktor seperti pertumbuhan penggunaan telefon pintar dan pelan data mampu milik pula sebagai pemacu Malaysia ke arah mencapai ekonomi Internet," tambahnya.

Menerusi laporan itu, Singapura masih mendahului dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini.

Dua lagi negara dengan purata kelajuan sambungan terpantas melebihi 100 Mbps adalah Korea Selatan dan Hong Kong, manakala 12 negara Asia Pasifik tidak termasuk China, Filipina dan India, mempunyai purata kelajuan di atas 50 Mbps. - CARI
26

Bagus
22

Marah
29

Terkejut
31

Sedih
29

Lawak
41

Bosan

Friends Rank (178 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JannaW 1-6-2017 06:33 PM
betul ke cara ni??
Quote cheergirlz 1-6-2017 10:40 PM
aaah..laju sungguh...;)
Quote tumpanglalu74 1-6-2017 11:00 PM
Edited by tumpanglalu74 at 1-6-2017 11:02 PM
CARI-MAL replied at 1-6-2017 04:34 PM
Menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai, purata kelajuan  ...

Terkanjei kata orang Perak..  Aku dah lama dah tau on par.  Aku rase kalo klik je memang terbukak je website yang aku nak.  Ape masalahnye?  Nak laju macamana lagi?  Ce kalo silap klik, sekali tu pap teros download website yang kita bukan nak tengok tu, tak ke membazir data?  Aku senang pake basic internet je kat Instagram tu.  Kalo aku pake hi-speed habih data aku kalo sekadar nak cek out gambor sebaris dua je.
Quote kentel 2-6-2017 08:15 AM
tumpanglalu74 replied at 1-6-2017 11:00 PM
Terkanjei kata orang Perak..  Aku dah lama dah tau on par.  Aku rase kalo klik je memang terbukak  ...

aman2 je aku duduk kl ni


Quote amyza 2-6-2017 09:01 AM
kentel replied at 2-6-2017 08:15 AM
aman2 je aku duduk kl ni

U pakai tenet apa? Unlimited?
Quote kentel 2-6-2017 09:17 AM
amyza replied at 2-6-2017 09:01 AM
U pakai tenet apa? Unlimited?

unifi advance 50mb
Quote mejaputih 2-6-2017 09:31 AM

terbaekkkk
Quote MengkuduMasam 2-6-2017 10:24 AM
WEBE pun area KL ni not bad with 4G unlimited data...

cuma kekadang tersenut2 sbb non LTE area still rely on Celcom infra...Celcom pun mcm harem sket lately nih

by 2018 kot.. full webe infra..
Quote nisako 2-6-2017 11:01 AM
hmmmmmmmmmmmmm
Quote kentel 2-6-2017 02:06 PM

takde la terbaik sgt...kekadang mengelembu jugak speed dia...
Quote aHoi83 2-6-2017 02:13 PM
Yes bg i tenet sgt laju skrg. Mendownload n streaming tkde masalah bg i. Sehinggakan i dh langsung tutup ac astro. Nak tgk cerite streaming je. Mana yg dok hulu banat tu bertabah la
Quote mejaputih 2-6-2017 03:45 PM
kentel replied at 2-6-2017 02:06 PM
takde la terbaik sgt...kekadang mengelembu jugak speed dia...

hehe...maybe peak hours kot...
Quote mejaputih 2-6-2017 03:46 PM
MengkuduMasam replied at 2-6-2017 10:24 AM
WEBE pun area KL ni not bad with 4G unlimited data...

cuma kekadang tersenut2 sbb non LTE area s ...

mcm tau je keje company mana
Quote MengkuduMasam 2-6-2017 04:21 PM
mejaputih replied at 2-6-2017 03:46 PM
mcm tau je keje company mana

udah jd jurujual dlm telco... pusing2... kene amik tau gak...
Quote -electrifying- 5-6-2017 08:52 AM
but still tenet mcm lauya, mahal tp service hampeh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.095435 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top