CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Giliran Mufti Pulak Disamun !

19-8-2013 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2412| Komen: 10

Mufti Perlis disamun sewaktu raya di rumah di Kuching


KUCHING 16 Ogos - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke negeri ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supritendan Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr. Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.


Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata, kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.


"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.


Sementara itu, Dr. Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi. - BERNAMA





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 17-8-2013 08:15 AM


SHANTI menunjukkan kecederaan dialami.
Quote ogre 17-8-2013 08:16 AM
Macam baru sahaja terbaca thread sama semalam
Quote InangPutri 17-8-2013 08:19 AM
kat mana2 skg ni asyik dengar brita jenayah saja
Quote edee_91 17-8-2013 12:00 PM
bila nak turn isapmuddin lak nak kene samun? nak dramatik lagi, kene samun kat pavi.
Quote alesandra 17-8-2013 12:03 PM
tongkatwaran75 posted on 17-8-2013 08:15 AM
SHANTI menunjukkan kecederaan dialami.

shanti neh sapa?isteri dia ke pembantu rumah?

Quote tongkatwaran75 17-8-2013 12:41 PM
alesandra posted on 17-8-2013 12:03 PM
shanti neh sapa?isteri dia ke pembantu rumah?

tak silap aku, bini dia...
shanti...
cam nama yindia atau yindon jer...

Quote kakikuDibibirmu 17-8-2013 01:16 PM
Quote munchkin 17-8-2013 01:51 PM
takziah kepada keluarga beliau
Quote batmana 17-8-2013 08:24 PM
sib baik mufti ni tk amal ilmu pagar umah ka..mampus pncuri sesat dlm rumah mcm sorg pakcik kt ganu tu...
Quote SulurBidar 17-8-2013 08:34 PM
tongkatwaran75 posted on 17-8-2013 12:41 PM
tak silap aku, bini dia...
shanti...
cam nama yindia atau yindon jer...

Utk pengetahuan semua, mmg isteri Dr. Juanda orang Indon....
Warganegara Indon...
Aku boleh sahkan 9898%..


p/s: Terserah kalau nak percaya atau tidak.. Korang boleh pi JPN kalau tak caya..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.282670 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top