CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Membuak-Buak Nafsu Masuk Bazar Ramadan, Guna Tips Ini Untuk Lebih Jimat

1-6-2017 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6965| Komen: 40|Original author: Oleh: Myra Rozi

Masuk sahaja bulan puasa, tak sabar-sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke bazar-bazar Ramadan.

Kalau boleh, tiap-tiap hari nak berkunjung ke sana untuk menjamu mata melihat aneka lauk pauk, kuih muih dan pelbagai makanan lazat lain yang dijual.


Tapi masalahnya, duit mengalir macam air bila masuk ke sini dan puncanya hanya satu iaitu diri anda sendiri yang tidak dapat menahan  godaan nafsu!

Foto: Astro Gempak
Bagaimana nak selesaikan masalah ini agaknya? Kami kongsikan tips untuk elakkan pembaziran makanan ketika bulan puasa. Jom tengok.

1. Buat satu rancangan
Paling penting sebelum buat apa-apa mestilah kena rancang kan? Kalau boleh tulis nota untuk beli makanan yang perlu sahaja. Contohnya hari ini beli nasi ayam dan kuih tepung pelita, esok pula beli nasi kerabu dan kuih akok. Senang kata, rancang menu untuk sebulan. Jangan pula beli lebih dari itu ya.


2. Elakkan membeli air 
Tengok air-air yang dijual di bazar, siapa yang tak terliur. Cepat-cepat istighfar dan berlalu pergi dari gerai air. Sebabnya mudah, semua air tu boleh bancuh sendiri di rumah, lagi jimat! Tapi kalau teringin sangat, bolehlah beli seminggu sekali.

Foto: Says.com
3. Kira bajet, bawa duit cukup-cukup sahaja
Kalau nak diikutkan, bajet untuk ke bazar ramadan mencukupi dengan membawa RM1O sahaja buat seorang. Kalau anda membeli melebihi jumlah tersebut, sah anda seorang yang suka belanja berlebihan.

4. Pesan pada anak-anak
Benda yang ni susah sikit sebab budak kecil memang kadangkala sukar dikawal tapi apa pun didik mereka supaya jangan membazir. Sebelum keluar dari rumah ingatkan mereka untuk beli tidak lebih dari bajet yang sudah ditetapkan.

Foto: vkeong.com
5. Buat perbandingan harga
Bila masuk bazar, jangan terus melulu beli pada gerai pertama yang anda nampak. Kalau boleh pusing dulu dan tengok harga gerai mana yang jual lagi murah.

6. Kirim pada rakan
Tips yang ini rasanya paling berkesan. Kirim sahaja pada sesiapa yang pergi ke bazar, anda duduk sahaja di rumah. Dengan itu, tak adalah jadi rambang mata melihat makanan yang ada. Duit pun jimat!

Bagaimana, agaknya mana satu yang anda mampu cuba? Tetapkan iman, sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. -CARI
22

Bagus
27

Marah
23

Terkejut
29

Sedih
27

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zasss777 1-6-2017 12:27 PM
Kesian para peniaga air hehehe
Quote kentel 1-6-2017 12:32 PM
Zasss777 replied at 1-6-2017 12:27 PM
Kesian para peniaga air hehehe

haritu beli air soya panas...malam je da berkerak basi
Quote Zasss777 1-6-2017 12:55 PM
kentel replied at 1-6-2017 12:32 PM
haritu beli air soya panas...malam je da berkerak basi

Laaa ye ke. Tak senonoh la peniaga yg fikir nak untung je ni! :
Quote zawara 1-6-2017 12:57 PM
so far tak teringin lagi nak pergi bazar.. masak je kat rumah,  berbuka pon da tak lalu sgt nak mkn mcm2.. cukup la dua lauk je, sayur dgn protein pastu buah/dessert..air manis pon kurg minum
Quote kentel 1-6-2017 12:59 PM
Zasss777 replied at 1-6-2017 12:55 PM
Laaa ye ke. Tak senonoh la peniaga yg fikir nak untung je ni! :

iols syak dia jual air smlm...cilaka betul
Quote aleesyasofia 1-6-2017 01:06 PM
iols kalo g bazar bwk duit ckup2 jer..
Quote Zasss777 1-6-2017 01:23 PM
kentel replied at 1-6-2017 12:59 PM
iols syak dia jual air smlm...cilaka betul

Mmg bnyk spesis peniaga mcm ni. Bukan air je, lauk pauk, kuih muih pun jenis panaskan balik yg semalam punya je.
Quote matchstick 1-6-2017 01:37 PM
6. Kirim pada rakan

eh senang hidup ko..main kirim2 je. abis tu rakan yg dikirim tu mcm mana nak menahan nafsu membeli
Quote Artemesiaa 1-6-2017 01:39 PM
Nasib tak minat nak gi bazar ramadhan
Quote Ayda89 1-6-2017 01:45 PM
Kalau bebetul nak jimat takyah pegi bazaar terus kahkah
Quote vanillaninja 1-6-2017 01:51 PM
I rajin pergi bazar Ramadan and I memang dah fikir siap2 nak makan apa untuk berbuka. Peniaga2 bazar Ramadan ni normally orang yang sama tiap2 tahun so dah boleh tau makanan theyols sedap ke tak.
Quote cheergirlz 1-6-2017 01:52 PM
masak jgk..klu g bazar hnya beli satu dua jenis jer...byk2 x abiz membazir jer...
Quote ibuaq 1-6-2017 03:27 PM
Boleh la pergi sekali sekala
Quote woobin^^ 1-6-2017 03:32 PM
gi bazar ramadan ni byk habis masa kalu nak recce semua gerai yg ada
pastu xjumpa gerai2 yg kita biasa beli kat pasar mlm...
so i tak pegi pun~
Quote kikuri 1-6-2017 04:00 PM
dah lama tak pegi bazar... selalu husband iols je beli kuih muih kat simpang empat rumah... malas nak bersesak sesak...
Quote pearl.silver 1-6-2017 04:21 PM
Baru sekali gi bazar..nasib baik gi time dah hujung2..benda nk bli pun sold out..jimat duit
Quote hazelinsnow 1-6-2017 04:30 PM
Sekali sekala boleh laa.. hari2 mau bankrap
Quote kaogi 1-6-2017 04:40 PM
Beli kuih muih jer kat bazar
Quote JannaW 1-6-2017 06:38 PM
Nasib tak minat nak gi bazar ramadhan

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.154221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top