Apa yang kecoh sangat di laman sosial sehingga ada yang menggesa orang ramai untuk memboikot Astro Malaysia!? Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan suara bantahan orang ramai berhubung drama bersiri yang berasal dari negara Turki, Magnificent Century kini ditayangkan di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).
Kenapa mereka membantah sekeras-kerasnya sedangkan ia diadaptasi dari kisah hidup Sultan Sulaiman dari Empayar Uthmaniah. Ramai antara mereka mendakwa terdapat banyak adegan dalam drama terbabit tak layak dipaparkan untuk tontonan umum khususnya kanak-kanak. Dalam masa sama, ramai netizen mempersoalkan motif sebenar Astro menayangkan rancangan sedemikian, malah menyifatkannya sebagai tindakan biadab kerana menayangkannya pada bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, tindakan Astro itu buat masyarakat tertanya-tanya di mana Lembaga Penapisan Filem (LPF) sehingga drama sedemikian boleh 'terlepas' ditayangkan? Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi yang rata-rata bimbang dengan kesan tayangan drama itu. "Lebih baik hentikan terus tayangan tu sebab bukan seorang dua yang tonton. Kalau kena mereka yang baru nak kenal Islam, boleh sesat jadinya," komen netizen. Dalam pada itu, ada juga yang pandang positif perkara ini. "Tengok sebagai hiburan saja. Kenapa nak marah, realiti sekarang ni pun orang Islam kita ramai buat macam tu walaupun beragama Islam," komennya. Apa pendapat anda? Buang yang keruh, ambil yang jernih atau ramai-ramai setuju ia perlu diharamkan terus dari ditayangkan di Malaysia? - CARI
|
37
Bagus |
27
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
29
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mishungu replied at 31-5-2017 02:17 PM
Aku tgk jgk sbb mak aku dok lyn jgk..mmg aku pon pelik..kena masuk islam utk jd gundik sultan sulaim ...
ADVERTISEMENT