CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Polis Trafik 'Makan' Rasuah Jadi Viral

30-5-2017 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9899| Komen: 40


Sebuah video berdurasi cuma 7 saat, menunjukkan perbualan antara seorang anggota trafik dan seorang pemandu yang sedang memberinya rasuah menjadi tular di laman sosial.


Dipercayai polis trafik tersebut menerima rasuah terbabit, berdasarkan situasi bersalaman yang ditunjukkan oleh menerusi video berkenaan. 

Ia segera menjadi viral dan mendapat pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat mereka yang menyelar tindakan polis berkenaan dan sebaliknya yang mengutuk pemandu yang kononnya minta 'pertolongan' daripada polis terbabit, namun kemudian menyebarkan video itu.

Loading FB Post...


"Sudahlah beri rasuah kepada polis, kemudian pergi viralkan tindakan rasuah diri sendiri."

"Rasanya dua-dua pun salah, sebab seorang memberi dan seorang menerima rasuah."


Begitulah antara respon yang diberikan oleh para netizen. Dalam pada itu Berita Harian melaporkan, polis Perak akan menyiasat anggota trafik tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya memandang serius berkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci. 

"Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti (anggota polis) dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas," katanya. - CARI 
25

Bagus
18

Marah
4

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiselit 30-5-2017 06:11 PM
Tiada penyuap, tiada disuap
Quote tumpanglalu74 30-5-2017 06:15 PM
Edited by tumpanglalu74 at 30-5-2017 07:15 PM

Kalo pi tangkap pakcik ni sorang je..  Ramai lagi yang ambik duit suap ni.

Mana rakaman part beruk jantan ni merayu?  Tak haplod pon..

SPRM sila masok gelanggang.
Quote jazaa100 30-5-2017 06:27 PM
Kuang ajor je.....

Dia yg mnghulor pastu nk salahkn polis....tangkap beruk ni dulu....

Quote catalina 30-5-2017 06:28 PM
Tak cukup pitih nak beli juadah berbuka di Param.
Quote DianaLoo 30-5-2017 06:37 PM
Makan minum duit rasuah.
Quote DianaLoo 30-5-2017 06:38 PM
Makan minum duit rasuah!!!
Quote intanumbrella 30-5-2017 06:57 PM
Nak tau pakcik tu yg minta rasuah or ko yg memberi rasuah..

Sekalipun klau dia yg mntak ko xbg bnda ni xjln..
Quote alieyrina 30-5-2017 07:20 PM
Bolehja tolak rasuah tu kan..tu pun amikkk..kan dh mendapat..pastu bg anak bini makan..elok sgt la..aku hangat lg pasai ritu jpj salah tahan keta aku..honda putih dgn hitam pun xleh beza! Pencen la duk kedai kopi ! Telinga dah x boleh dgr info betul2 ! Heeeeeee  ::
Quote gticute 30-5-2017 07:35 PM
Dua dua salah si pemberi ngan penerima..dua dua patut ditangkap.
Quote ronapink 30-5-2017 07:52 PM
dah ko yg buat salah, ko rasuah polis,
pas2 viral pulak.. konon2 ko 'bersih'
Quote Jigglyjiggle 30-5-2017 08:29 PM
Kalau tak silap si penghulur pun boleh kena dakwa
Quote Tanahmalaya 30-5-2017 08:52 PM
Boleh lah. Janji duit kan abang
Quote nolya 30-5-2017 08:52 PM
gticute replied at 30-5-2017 07:35 PM
Dua dua salah si pemberi ngan penerima..dua dua patut ditangkap.

Dpt yg satu, ada nombor kat uniform polis tu, dptlah nanti si penyuap tu. Takkan polis tu tak catat no keretanya....j
Quote net_level 30-5-2017 08:53 PM
it takes two to tango....
tapi polis trafik tu wajar kena hukuman maksimum..
si pemberi maybe desperate but still hukuman kena adil..

now elok ada dashcam boleh rakam angle tepi sekali lah... ade ke jual ek.. hahaha
Quote limesherbet 30-5-2017 09:29 PM
20 ringgit je ke? isk isk murahnya polis ni
Quote zamzam 30-5-2017 09:34 PM
pakcik2 trafik ni tak serik2 kena tipu ker? depa buat salah depa hulur duit ko sapu lepas tu viralkan ko ambik rasuah.

hmmmm
Quote kaktom16 30-5-2017 09:34 PM
nolya replied at 30-5-2017 08:52 PM
Dpt yg satu, ada nombor kat uniform polis tu, dptlah nanti si penyuap tu. Takkan polis tu tak cata ...

setahu kaktom, penerima dan pemberi rasuah, dua dua ahli neraka, tidak kira apa alasan pemberi rasuah atau penerima rasuah tersebut.


jadi, pesan kaktom, sebagai muslim, jangan sekali2 memberi rasuah walau terdesak mana pun.



Quote catalina 30-5-2017 09:42 PM
Dulu ade satu polis ni nk mntak rasuah dr bangla yg bwk keta wira, dia tahan bangla tu dpn kedai akak
Ramailah yg tgk insiden tu sbb ade restoren cina skali
Polis tu punyalah berhemah dlm mengambil rasuah dia suruh bangla tu letak dlm buku saman dia x nak ambik kt tapak tangan
Gamaknya lebey kurang mcm terjumpa duit dlm buku tu yek? Kurang dosa padahal suma org situ nampak..
Quote kaktom16 30-5-2017 09:48 PM
catalina replied at 30-5-2017 09:42 PM
Dulu ade satu polis ni nk mntak rasuah dr bangla yg bwk keta wira, dia tahan bangla tu dpn kedai aka ...

yang nampak dan melihat kejahatan di depan mata tetapi tidak berbuat apa2 adalah seperti seekor anjing guard yang melihat pencuri masuk rumah tetapi memilih untuk berdiam diri dan membiarkan pencuri terus2an melakukan kejahatan





Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.090742 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top