Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya penuh di media sosial dengan tips-tips serta nasihat yang berguna untuk dijadikan panduan dalam menjalani ibadah puasa.
Apa yang pasti, tidak pernah sekali pun kurma ketinggalan sebagai bahan yang penuh dengan kebaikan untuk membantu tubuh menahan lapar dan dahaga. Umum mengetahui, kurma bukan sahaja memberikan tenaga segera kerana kaya dengan serat dan potassium, malah ianya terbukti baik untuk wanita yang sedang mengandung, baik untuk kesihatan jantung, tulang serta membantu merawat masalah usus. Bukan kurma sahaja yang menjadi buruan ketika di bulan mulia ini, malah oat juga sama kerana kandungan kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E yang ada di dalamnya sangat baik untuk tubuh badan.
Jadi bagaimana jika kedua-dua bahan ini digabungkan sekali untuk menghasilkan susu kocak kurma yang bukan sahaja lazat, tapi mengenyangkan untuk tempoh waktu yang panjang! Bahan-bahan 7-10 biji kurma (apa-apa jenis mengikut citarasa anda) 1 cawan air kosong 2 cawan susu segar (full cream atau low fat - mengikut citarasa) Bahan-bahan opsyen - Madu - Oat - Kacang badam / gajus - Kismis - Buah tin - Pisang - Serbuk milo / koko / kopi - Serbuk kayu manis - Ketulan ais - Aiskrim vanila Cara-cara 1. Belah kurma dan keluarkan bijinya. 2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit. 3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar. 4. Kisar sehingga hancur bersama bahan-bahan opsyen seperti oat. 5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus. Resipi ini boleh dijadikan penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak juga ya. Selain sesuai untuk mereka yang berdiet, susu kocak kurma ini menjadi pilihan yang sangat tepat ketika bulan puasa. Selamat mencuba! -CARI Kredit resipi: Iluminasi.com
|
22
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Zasss777 replied at 29-5-2017 04:19 PM
Saya lebih rela mkn kurma dan susu berasingan.
pearl.silver replied at 29-5-2017 08:17 PM
Nape awk..
Susu blend kurma xsedap ke..
Baru je nk try..byk resepi org buat..
Zasss777 replied at 29-5-2017 09:37 PM
Eh bukan. Actually i mmg tak suka yg jenis jenis blend mcm milkshake. Susah nak telan. Tapi yg suk ...
tompie replied at 29-5-2017 05:02 PM
Aku beli susu kurma farm fresh... memang terbaik....
alesandra replied at 29-5-2017 11:46 PM
byk sgt ingredients .mcm2 rase ada.aku minum susu dgn mkn kurma je dah.lagipun malas ....subuh2 but ...
Zasss777 replied at 29-5-2017 04:19 PM
Saya lebih rela mkn kurma dan susu berasingan.
ADVERTISEMENT