Memetik laporan Daily Mail UK, sepasang suami isteri dari Nigeria berjaya menyambut kelahiran enam orang bayinya menerusi pembedahan perut dengan bantuan kumpulan pakar perubatan yang terdiri daripada 40 orang yang disediakan oleh hospital. Difahamkan selama 17 tahun, pasangan tersebut tidak berhenti mencuba pelbagai cara untuk hamil namun gagal. Bagaimana pun kini impian mereka tercapai setelah berjaya melahirkan tiga orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. November tahun lepas, ketika buat pertama kali menjalani ujian 'ultra sound', Ajibola Taiwo dan Adeboye Taiwo mendapat berita menggembirakan kerana mereka terdengar 4 denyutan jantung. Dalam pada itu, pada Januari tahun ini pula sekali lagi terdengar dua lagi bunyi denyutan jantung semasa sekali lagi menjalani pemeriksaan.
Baru-baru ini, Ajibola dikatakan selamat melahirkan enam orang ahli baru keluarganya dan telah dibenarkan balik rumah, namun semua bayinya masih perlu ditinggalkan di hospital untuk pemantauan terperinci di bilik penjagaan khas. Berdasarkan statistik Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan ( Centers For Disease Control and Prevention ) menunjukan, setakat tahun 2015, hanya 24 orang yang berjaya melahirkan lima bayi dan ke atas dalam populasi Amerika Syarikat yang berjumlah 4 juta orang. Kumpulan bayi terakhir yang dilahirkan sebanyak enam orang sekali adalah pada Mac tahun 2013 Telinita dan Dobaco, tetapi agak malangnya hanya tiga orang bayi yang hidup daripada enam orang yang dilahirkan.- CARI |
9
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
2
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT