Jika sebelum ini pelakon Anis Al-Idrus sering dikaitkan dengan gosip percintaannya yang tidak kesampaian, namun kali ini akhirnya dia mengumumkan bakal berkahwin dengan Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim pada Julai hadapan.
Memetik Mstar Online, Anis berkata mereka sebenarnya sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana. "Alhamdulillah, akhirnya saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang menerima saya seadanya. Insya-Allah kami memilih Julai ini untuk diijabkabulkan. Pada Isnin ini saya akan umumkan tarikh sebenar majlis istimewa itu. "Kami sudah bertunang pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga terdekat sahaja," katanya. Anis juga mengakui antara perkara yang membuatnya yakin untuk berumah tangga adalah kerana lelaki tersebut memiliki sifat yang matang. "Saya selesa mengatakan ia adalah takdir pertemuan yang sudah ditentukan Allah. Namun kematangan dan penerimaannya terhadap diri saya yang membuatkan perjalanan hubungan ini lebih mudah," katanya lagi yang bakal mengadakan sidang media pada 23 Mei ini. - CARI |
10
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimo replied at 20-5-2017 08:34 AM
Ni baru betul ex bf kawen bln march..ikat tali pertunangan senyap2 bulan yg sama
Bkn cm sorg tu... ...
matjambu replied at 20-5-2017 09:09 AM
Bagusla umum terus nk kawin..takde la macam orang tu gigih tayang cincin
CikE replied at 20-5-2017 10:00 AM
Alhamdulillah...tahniah anis...nmpk sisi kematangan seorg lelaki...
ADVERTISEMENT