Kalau di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia tahu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memiliki lesen memandu keretapi kerana mempunyai minat yang tinggi.
Namun di Belanda pula, hanya sebilangan kecil rakyat Belanda yang sedar raja mereka mempunyai hobi menerbangkan pesawat komersial. Memetik laporan The Guardian, Raja Willem-Alexander sudah lebih 20 tahun 'bekerja' sebagai pembantu juruterbang dan sebagai raja, beliau hanya sempat memandu pesawat dua kali dalam sebulan. Baru-baru ini, dalam satu temubual bersama akhbar tempatan De Tegraaf, Raja Willem-Alexander mendedahkan beliau berkhidmat kepada syarikat penerbangan Martinair dan kemudian berpindah ke syarikat KLM.
Selain itu, beliau kini berlatih menerbangkan pesawat Boeing 737 selepas pesawat jenis Fokker 70 yang biasa diterbangkan sebelum ini akan dilupuskan. Tambah beliau, rakyat jelata tidak selalunya mengecam beliau walaupun beliau berjalan di lapangan terbang kerana mengenakan uniform dan topi juruterbang. "Sebelum insiden September 11, pintu kokpit pesawat sentiasa terbuka. Penumpang boleh datang jenguk kami dan ada kalanya berjaya mengecam saya," kata Raja Willem-Alexander. Penumpang juga tidak mengecam suara raja mereka ketika beliau membuat pengumuman melalui pembesar suara pesawat, kata Raja Willem-Alexander. Bagaimanapun tegas Raja Willem-Alexander, menjadi juruterbang hanyalah hobi sampingan sementara 'melupakan' tanggungjawabnya kepada istana.- CARI |
25
Bagus |
18
Marah |
32
Terkejut |
21
Sedih |
12
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 19-5-2017 12:42 PM
idak la aku sedar selama ni yg belanda ada raja
rospinki replied at 19-5-2017 12:44 PM
kan..lgi sadis
bkan tk kenal dia raja..tk tau pun belanda tu ada raja
shahreen replied at 19-5-2017 09:28 AM
heading juruterbang tapi bila baca ropa2nya pemandu juruterbang haha
MarryPottet replied at 19-5-2017 03:50 PM
kat belanda sana raja pon gi kerja
kat msia ni, jejanz yg tarap marhaen sajork tapi ramai angkat di ...
zorrro_03 replied at 19-5-2017 01:10 PM
Jahat nya ros....
ADVERTISEMENT