Bulan Ramadan bakal menjengah tiba tidak lama lagi, dan seperti biasa kehangatan untuk menyambut hari raya Aidilfitri juga ikut terasa. Pada masa inilah, pereka-pereka serta pengeluar jenama pakaian berlumba-lumba mempromosikan hasil rekaan busana mereka.
Lucunya, setiap tahun pasti ada rekaan yang menjadi kecaman hebat dari pelbagai pihak khususnya dari pengguna media sosial. Sebelum ini kecoh tentang rekaan jubah lelaki yang dikatakan rekaanya menyerupai jubah wanita, tahun ini pula kecoh dengan sepersalinan baju melayu yang dipanggil 'Baju Melayu Pondan' Mana tidaknya, rekaan Baju Melayu ini mempunyai potongan yang semenangnya amat berbeza dari Baju Melayu yang asli.
Dengan perincian manik dan labuci, serta material kain yang digunakan, ramai yang berpendapat rekaan ini langsung tidak sesuai untuk lelaki. Malah ada yang juga membuat 'troll' dengan mengedit model lelaki berkenaan menjadi muka Neelofa. "Aku jentik muka designer baju ni karang, terkepit kepit macam sotong nak buat baju raya pun." Disebabkan gambar tersebut menjadi tular, pereka baju berkenaan iaitu Ezuwan Ismail tampil untuk membela diri dan rekaannya. Pereka terkenal Malaysia itu telah memuat naik status di laman Instagramnya. "Sapa nk jentik i ols tu meh depan2 ya, suka carut2 kan, walaupun baju memondan ni kena carut tp this is the best seller yg mendapat sambutan ya, walaupun harganya rm2500 tp still laris!!" Mesti terkejut dengan harganya bukan? Apa pun, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai tentang rekaan ini. Jika pandang dari sudut positif, maka positiflah sesuatu perkara itu. Namun jika negatif, maka sebaliknya pula yang akan berlaku. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI |
5
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MRO replied at 16-5-2017 12:29 PM
Bulan Ramadan bakal menjengah tiba tidak lama lagi, dan seperti biasa kehangatan untuk menyambut har ...
estrelle replied at 16-5-2017 12:40 PM
Nape i nampak macam biasa jah.tak sakitkan mata.cuma beads tu je nmpak lain kn.daripada baju abam sa ...
ctaz replied at 16-5-2017 01:39 PM
rm2500.00 laris.....perghhhhh
melayu ngan sembang kencang memeng hebat....
ADVERTISEMENT