Susulan perbalahan yang tercetus apabila Fasha Sandha memuat naik status berserta foto di Instagramnya, aktres itu akhirnya tampil memberikan kenyataan berhubung isu saman dikeluarkan Nora Danish pada minggu lalu.
Memetik Astro Gempak, Fasha menerusi syarikat pengurusannya, Mind Order berkata tidak akan ada sebarang sidang media bagi menjelaskan isu terbabit. "Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya. "Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.
"Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut," katanya. Sehubungan itu, Fasha tekad mengeluarkan saman malu ekoran tindakan pihak tertentu yang menuduh dia memfitnah. Mengimbau kembali isu tujuh tahun lalu, Fasha akui tidak gentar dengan sebarang amaran. "Saya tidak gentar kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya. "Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi tidak berjaya. Negara kita ada undang-undang. "Selepas ini pihak ketiga itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya tidak akan memberikan apa-apa lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam saya. "Saya anggap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan kurang matang. "Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan," katanya. Ingatkan pengalaman mematangkan mereka, tetapi nampaknya mereka masih gemar memberikan 'drama percuma' untuk tontonan umum. Apapun, semoga mereka dapat menyelesaikan persengketaan ini dengan baik. - CARI
|
20
Bagus |
35
Marah |
28
Terkejut |
18
Sedih |
25
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
helicornia replied at 15-5-2017 09:41 AM
cakap org tk matang yg dia merempan tk tentu hala tu matang ke
mrsLucky replied at 15-5-2017 07:30 PM
Maaf yah..umur derang ni sebaya ker apa? I tengok pic ND waktu press conference tu tak comel cam ber ...
ADVERTISEMENT