Apa perasaan anda jika dihalau dari sebuah tempat hanya kerana berpakaian tidak 'bersesuaian'? Itulah yang berlaku kepada sekumpulan penari kebudayaan yang mahu merakam gambar kenang-kenangan di taman KLCC, tetapi dihalau oleh pihak pengurusan bangunan berkenaan.
Kisah yang dikongsikan Abam Supir di akaun Facebooknya itu menjadi tular, malah menjadi antara topik terhangat dibincangkan di media sosial. "Mereka hadir bagi satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri. Singgah ke taman KLCC untuk mengambil gambar kenang-kenangan tetapi dihalau pihak pengurusan Petronas dengan alasan pakaian tidak sesuai," tulisnya.
Bagai menjadi suatu kesalahan apabila mengenakan pakaian tradisional untuk berswafoto. Bukan sahaja dihalau, malah mereka dilemparkan dengan kata-kata yang sungguh mengguris kalbu. "Kalau mahu bergambar di sini, pergi balik hotel tukar baju dulu," tegas pihak berkenaan. Sikap dan tindakan pihak pegurusan terbabit mengundang amarah Abam yang menyifatkannya melampaui batas. "Mereka cuma singgah untuk bergambar di taman atau kolam di KLCC itu sahaja, bukan nak masuk ke dalam bangunan Petronas pun. "Kena halau macam kucing kurap," katanya. Rata-rata netizen mengecam dan mempertikaikan kewajaran tindakan itu. "Pengawal tu orang asing agaknya sebab tu dia tak tahu itu pakaian tradisional rakyat malaysia. "Nak ambil gmbar di taman KLCC je kot, kenapa nak halau. Kenapa tak halau bangla yang berlambak lepak kat situ," antara komen netizen. Adakah benar seperti dakwaan segelintir netizen bahawa pengawal atau pihak atasan pengurusan terbabit merupakan 'orang asing' yang tidak tahu menahu perihal pakaian tradisional Sarawak itu? - CARI
|
15
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
26
Sedih |
29
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nut.legacy: apa yg x sesuai nye? if menjolokkan mata paham la.. elok je pakaian tradisional dia pakai tu
ADVERTISEMENT