CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang Diisytihar : Rakyat Malaysia Dan Atm Siap Sedia

16-8-2013 05:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7349| Komen: 50

'Perang' durian dah bermula



rakyat malaysia siap sedia kan duit

ATM :Automatic teller Machine

MARANG – Perang durian! Itulah suasana di tepi jalan utama sekitar kawasan Dun Pengkalan Berangan, khususnya di Mukim Jerung di sini, apabila lambakan durian dilihat begitu banyak di tepi jalan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Seorang penduduk, juga penjual durian, Mamat Shafie, 55, ketika ditemui Sinar Harian berkata, musim durian kali ini memberi limpahan rezeki kepada penduduk setempat di kawasan mukim berkenaan, yang kebanyakannya bekerja kampung.

Menurutnya, lambakan buah durian juga menyebabkan penjual menawarkan harga berpatutan dan peluang itu segera direbut peraih serta pembeli yang sering meronda ke kawasan berkenaan pada setiap pagi untuk membeli raja buah itu.

“Harga durian tidak menentu dan berbeza-beza kerana bergantung kepada penjual, namun ia dijual murah, misalnya jika buah dibeli secara borong, selonggok buah durian (30 biji) saya jual pada kadar RM50,” katanya kepada Sinar Harian.

Mamat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerung di sini, berkata, raja buah itu tidak boleh dijual mahal kerana durian mula luruh dan ia dikira tepat pada masanya berikutan gugur ketika ketibaan Syawal.

  Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Mohamad, 46, berkata, musim durian kali ini mungkin lebih membawa rezeki kepada penduduk yang memiliki kebun durian dalam keluasan agak besar kerana pokok durian berbuah lebat.

“Dah rezeki agaknya kerana durian tahun ini berbuah lebat dan sambutan pembeli terhadap buah durian juga semakin meningkat. Dapatlah penduduk di kawasan ini mendapat duit lebih sikit untuk tampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pemborong, Mat Lawis Mat Saman, 30, sanggup menghabiskan ratusan ringgit sehari untuk mendapatkan buah durian sebelum dapat dijual kepada orang ramai di lokasi tumpuan sekitar daerah berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 16-8-2013 04:37 PM
chait..... time aku balik hari tu mahal lg
Quote chaintea 16-8-2013 04:42 PM
ingtkn ada org mengamuk..apa daaa..bikin suspens je
Quote namirulmukminin 16-8-2013 04:42 PM
Lohh... knapa masa balik cuti raya aritu takde?
Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 04:43 PM
kalau pegi dusun durian..jangan bawak durian...
Quote the_killer 16-8-2013 04:46 PM
tunggu di kl pulok
Quote cauliflower 16-8-2013 04:47 PM
hahaahhahaha siot jerrrr
Quote rina0602 16-8-2013 04:49 PM
Tajuk bkn main lagi~
Quote alepmama 16-8-2013 04:49 PM
best ke duyan tengganu
Quote little_sis 16-8-2013 04:50 PM
hope yg jual kat kl ni pun xyah la mahal2 sgt..
claim durian batu kurau, bli mahal2 last2 bwk blk umah, ada ulat...
Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 04:50 PM
alepmama posted on 16-8-2013 04:49 PM
best ke duyan tengganu

ade rase kepok!!!
Quote gujiwa 16-8-2013 04:51 PM
Kat kampung aku melaka musim durian bangun pagi2x.. terus capai durian dulu.. pukul 7 pagi melantak durian mcm tak pernah nampak..

alahai kalau kat KL kena bayar makan sepuasnya la durian free
Quote mysara 16-8-2013 04:54 PM
tetap tak leh lawan rasa doyan perak dan johor okie!
Quote yenil95 16-8-2013 04:54 PM
cheh!..igt nak perang betul2...
Quote alepmama 16-8-2013 04:55 PM
mysara posted on 16-8-2013 04:54 PM
tetap tak leh lawan rasa doyan perak dan johor okie!

me vote u 100kali
Quote alepmama 16-8-2013 04:56 PM
pakwetizzaqyah posted on 16-8-2013 04:50 PM
ade rase kepok!!!

tak shedap lah gitu hanyir hanyir manis giteww

Quote c===8 16-8-2013 04:59 PM
doyan kampong je ke?
Quote sitisenyum 16-8-2013 05:04 PM
tajuk tak berhinggat.............
Quote Bell 16-8-2013 05:06 PM
Tempoyak masak dgn daun kadok campur santan campur serai perkkhhh!!!!! sedap gilerrrrr!!!!
Quote langau 16-8-2013 05:28 PM
dah pekena dah aku masa raya ari tuu...kat pekan nenas....siap jual lagi time raya.....

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.195895 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top