Tiada pasangan suami isteri yang tidak mengimpikan kebahagiaan hingga ke Jannah namun seringkali kita terbaca kisah-kisah yang kurang enak didengar seperti pergaduhan dalam rumah tangga hingga terjadinya penceraian.
Tapi tahukah anda? Menurut kajian, salah satu sebab utama terjadinya pergaduhan dalam rumah tangga adalah kerana isteri tidak pandai mengambil hati suami. Seringkali para isteri terlupa bahawa suami perlu sentiasa digoda dan dibelai. Jika dahulu suami anda bersusah payah menggoda anda sehingga ke jinjang pelamin, jadi apa salahnya jika sekarang ini anda pula menggodanya.
Jadi di sini penulis kongsikan 15 tip rahsia kepada para isteri tentang bagaimana untuk menambat hati suami. 1. Rajinkan diri untuk berhias Jangan hanya bersolek ketika berada di luar rumah sahaja. Bersoleklah ketika berada di rumah kerana semua suami suka melihat isteri yang sentiasa kelihatan cantik. 2. Memakai bauan atau wangian yang menyenangkan Anda memiliki koleksi minyak wangi? Jangan disimpan sahaja. Gunakannya di rumah kerana wangi-wangian mampu membangkitkan semangat suami. 3. Mengenakan pakaian yang mampu menerbitkan keghairahan suami Pernah memiliki 'Lingerie Dress'? Jika tidak, anda boleh membelinya dengan modal serendah RM10 sahaja. Selain itu, berkain batik sahaja juga mampu mengghairah suami. 4. Serlahkan sifat feminin anda Sifat lelaki dan wanita adalah berlawanan. Daya tarikan seorang wanita terletak pada sifat kewanitaannya. Semakin anda feminin, semakin terpikat suami terhadap anda. 5. Bersikap sopan serta menjaga adab Wanita yang memiliki sifat-sifat ketimuran lebih kelihatan seksi. Duduk merapatkan peha serta tersipu-sipu malu memberikan isyarat 'saya masih terpelihara'. 6. Pastikan kamar tidur dalam keadaan yang kemas Masih ingat lagi kamar tidur anda pada malam pertama? Cuba usahakan supaya kamar tidur anda kelihatan seperti itu. 7. Ajak suami solat bersama Suami adalah ketua keluarga dan merangkap imam bagi anda dan anak-anak. Lazimi diri mengajak suami berjemaah. Itu sebagai isyarat bahawa anda mengiktirafnya sebagai pemimpin yang anda hormati. 8. Berikan ciuman harian Selalu salam dan cium tangan suami sebelum suami pergi bekerja? Ada satu lagi yang perlu ditambah, iaitu ciuman di pipi dan bibir. Sebelum beliau melangkah keluar, peluk suami dan katakan yang anda sangat sayang padanya. 9. Buatkan air kegemarannya Ketika suami sedang leka menonton televisyen atau melakukan sesuatu, buatkan air milo, susu, teh, kopi atau sebarang minuman kegemarannya. 10. Kerap memberikan pujian dan pengiktirafan Cari kelebihan yang ada pada suami anda puji secara ikhlas. Jika suami anda pandai bermain gitar, pujilah kehebatannya mengalunkan melodi dari gitarnya itu. 11. Kerap sentuh tubuh badan suami Sentuhan lebih bermakna dari kata-kata. Anda boleh sentuh wajahnya, tangannya atau mana-mana anggota badannya yang anda fikirkan sesuai untuk disentuh. 12. Penuhi kemahuan suami Tiada sebab untuk anda menolak kemahuan suami melainkan jika ianya menyalahi syara'. Sekiranya anda dapat memenuhi kehendaknya, dia akan lebih menyayangi anda. 13. Jadilah proaktif Jangan jadi seperti kayu. Seorang suami memerlukan seorang isteri yang dapat melakukan sesuatu perkara secara kerjasama. Jika anda aktif dan proaktif, anda dapat mencungkil kesemua potensi yang berada di dalam diri anda. 14. Berani melakukan inisiatif Jangan hanya menunggu suami. Anda juga perlu perlu memulakannya dengan ajakan yang menggoda. Buang segala sifat malu itu. Suami pasti akan lebih terangsang jika anda mulakannya dahulu. 15. Berikan kejutan yang tidak disangka-sangka Semua orang sukakan kejutan. Cuba sekali-sekala bersembunyi di belakang pintu ketika suami sedang memasuki bilik. Peluk suami anda dari belakang dan tariknya ke katil. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, suami anda pasti teruja! Selamat mencuba. - CARI |
16
Bagus |
15
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 5-5-2017 04:53 PM
tips suami melayan isteri takde ke
Nurul8001 replied at 6-5-2017 02:20 PM
Kan..
Asyik2 isteri je nak kena buat itu, buat ini..
Cekla replied at 6-5-2017 08:30 PM
Nafkah pun tak hulur
Nurul8001 replied at 6-5-2017 08:35 PM
Kikiki..
Tang ni, saya rasa beruntung sikit..
suami saya ATM..
Cekla replied at 6-5-2017 08:41 PM
Ooo...maknanya betul la..selama ni dengar khabar angin je wife atm dpt direct potongan..syok la..p ...
Nurul8001 replied at 6-5-2017 08:44 PM
Betul..
Wife tentera dapat beberapa portion dari gaji husband dia..
Cekla replied at 6-5-2017 08:55 PM
Kalau 2 cawangan macam mana pulak?
Nurul8001 replied at 6-5-2017 08:44 PM
Betul..
Wife tentera dapat beberapa portion dari gaji husband dia..
carlalily replied at 6-5-2017 09:54 PM
bagus jugak camtu eh? lagi byk cawangan lagi byk kene potong..haaa..baru rasa sikit tanggungjawab ...
Nurul8001 replied at 7-5-2017 09:41 AM
Awak..sebenarnya, saya pun tak pasti..
Yang saya tau, ATM, kalo nak kawin kena dapat kebenaran, ...
ADVERTISEMENT