Selepas melahirkan anak sulungnya sekitar Mac lalu, penyanyi Adira mendedahkan kini berat badannya turun sebanyak 25 kg.
Bercakap kepada Mstar Online, Adira berkata apa yang diamalkan cumalah amalan berpantang seperti wanita lain yang baru bersalin. "Semasa mengandung berat badan saya mencecah 74 kilogram dan Alhamdulillah selepas dua bulan bersalin kini hanya 49 kilogram sahaja. "Jujurnya saya memang tak amalkan diet dan senaman yang ketat kerana bersalin secara pembedahan dan hanya berpantang biasa. "Mungkin faktor saya menyusu badan menjadi antara faktor saya cepat kurus," katanya. Pun begitu, penyanyi lagu Aku Ada Kamu itu masih tidak berpuas hati dengan berat badannya itu dan mahu menurunkan sehingga menjadi 42 kg, iaitu berat badannya sebelum hamil. "Walaupun berpantang dah habis tetapi saya tetap teruskan dengan tidak mengambil makanan berminyak dan minum air sejuk. "Bukan kerana hendak kurus sangat tetapi lebih kepada ingin memastikan luka pembedahan saya benar-benar pulih," kepada ibu kepada bayi bernama Anggerik ini. - CARI |
17
Bagus |
11
Marah |
24
Terkejut |
13
Sedih |
20
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT