Bukan mudah nak bertemu seorang yang jujur apatah lagi jika membabitkan wang bernilai ratusan ribu ringgit. Sinar Harian, semalam melaporkan sebuah bank tersilap memasukkan wang berjumlah RM100,000 ke dalam akaun peribadi milik seorang peniaga pada Khamis lalu.
Peniaga dikenali sebagai Ah Seng (bukan nama sebenar), 28, dan berasal dari Padang Temusu, Sungai Petani itu mendakwa dia langsung tidak menyedari kesilapan berkenaan walaupun ada membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu. "Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.
"Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun," katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, dia terkejut apabila pihak bank menghubunginya kira-kira jam 4 petang pada Jumaat lalu, memaklumkan pihak bank tersalah memasukkan wang dan meminta Ah Seng memulangkan wang berkenaan. Selepas memeriksa semula resit pengeluaran dan melakukan pemeriksaan akaun secara atas talian, Ah Seng terkejut mendapati baki di bank berjumlah RM98,688.55. "Pagi kelmarin (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna. "Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan," katanya. - CARI
|
9
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MyNameIsIris replied at 3-5-2017 10:42 PM
Tahub bila ntah staff rhb dapat berapa belas ribu tah gaji.. lepas tu pukul berapa ntah gaji kena ta ...
ffbeauties replied at 3-5-2017 10:48 PM
Oo yg dah mia tu mmg xleh dikenakan tindakan undang undang eh?
Maideen. replied at 3-5-2017 10:30 PM
Kisah seorang kafir laknatullah yang jujur......
ADVERTISEMENT