CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terkejut Besar! Lelaki Pesan Fish & Chips Tapi Dapat Ikan Bilis Saja

3-5-2017 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10866| Komen: 50|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Hasrat nak memanjakan diri dan menikmati makanan di restoran mewah menjadi sebaliknya pula.

Hasrat nak memanjakan diri dan menikmati makanan di restoran mewah menjadi sebaliknya pula. Tak tahu sama ada ia merupakan satu kisah yang lucu atau tidak.


Namun, bagi empunya diri pastinya ia menjadi satu kejutan besar. Masakan tidak, makanan yang dipesan rupanya bukanlah satu hidangan yang diidamkan, sebaliknya cumalah makanan yang boleh dipanggil 'hanya celah gigi sahaja'.

Itulah yang terjadi kepada netizen ini yang memesan fish & chips ketika berada di sebuah restoran di Marina Bay, Singapura. 


Hidangan yang didapatinya sangat memeranjatkan kerana memang ia hanyalah ikan bilis yang didatangkan bersekali dengan hirisan kentang dan juga lemon. 


"Saya dengan gembiranya order Fish and Chips. Mulanya saya ingat ia cuma hidangan pembuka selera. 

"Namun ia merupakan hidangan yang berharga SGD17.50 atau RM54.31! Ia ibarat membeli sebuah kereta namun anda cuma diberikan kereta mainan dengan harga yang sama!"

Begitulah luahan netizen yang dikenali sebagai Jaze Phua ini di laman Facebook miliknya. 

Disebabkan itu, gambar tersebut menjadi viral sehingga dikongsikan hampir 7,000 kali buat masa ini. 

Ramai yang seakan sukar percaya mengapa Jaze sanggup membayar harga sebegitu mahal untuk hidangan ikan bilis itu. 

"Ini ialah ikan bilis dan juga kepingan kentang kan?"

"Memang gila, ikan bilis dan kentang, macam mana boleh jadi hidangan utama? Awak tak rasa kena tipu ke?"


Bagaimana, adakah situasi begini pernah terjadi kepada anda ketika memesan makanan di restoran mewah? - CARI 
16

Bagus
21

Marah
28

Terkejut
28

Sedih
27

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 3-5-2017 07:05 PM
Tak tahu nk kesian ke nak gelak tp seriously kelakar jugak
Quote Felycya 3-5-2017 07:20 PM
Tinggal campak dalam sambal tambah tempe ngan kacang tanah.
Quote mujer_in_espejo 3-5-2017 07:21 PM
ikan bilis kat singapore mahal agaknya. seketul RM5.
Quote beautifulliar 3-5-2017 07:39 PM
Jadah ape makanan gitu ngn rege smpi 54hinggit..tp singapore sume bnde pn mahal
Quote mericanos 3-5-2017 08:43 PM
Hahaha..klaka la
Quote Miawlover 3-5-2017 08:43 PM
Ikan bilis kentang goreng..
Quote imransulaiman 3-5-2017 08:47 PM
Dah tanya restoran tu kenapa hidangan sedemikian rupa? Nak juga tahu apa jawapan restoran tu
Quote RatuDunia94 3-5-2017 08:54 PM
Dia x tgok dulu gambar kt menu ke? Tp ye la kan mesti dia expect normal fish n chips.. Sekali ikan bilis.. Lgsung x berbaloi.. Dgn 54 henggetvyu mcm2 lauk boleh dimasak.. lol
Quote kimchipedas 3-5-2017 08:57 PM
kesian nya..celah gigi je kot
Quote matchstick 3-5-2017 09:03 PM
Ni tokey restoran mesti kaya bole gi mekah balik hari  
Quote AlienGurlz 3-5-2017 09:33 PM
imransulaiman replied at 3-5-2017 08:47 PM
Dah tanya restoran tu kenapa hidangan sedemikian rupa? Nak juga tahu apa jawapan restoran tu

Kat blog ni ada tulis
The netizen’s claim about the plate of wee fish-on-‘taters proved to be untrue, according to LeVeL33, who sent us a clarification on the price tag. According to a spokesperson, the Fish & Chips that the netizen ordered was from the Beer Dining Menu, and not from the ala carte dinner menu. Furthermore, the price of the whitebait platter in subject is in fact $13, and not $17.50 as claimed.

However, LeVeL33 does actually serve proper fish and chips — or at least its atas version of it. Chips-wise, it is kinda selfish though.


Quote adel7 3-5-2017 09:33 PM
Bior betui kasi ikan bilis macam gitu je
Quote AlienGurlz 3-5-2017 09:36 PM
imransulaiman replied at 3-5-2017 08:47 PM
Dah tanya restoran tu kenapa hidangan sedemikian rupa? Nak juga tahu apa jawapan restoran tu


In response to the ongoing reaction to their “Fish & Chips” dish, LeVel33 said:

We are very sorry to hear that the Fish & Chips dish (SGD13++) from our Beer Dining Menu, a great finger food snack that pairs well with the freshly brewed craft beers, did not meet a recent diner’s expectation. Our entire menu is an interpretation of our Chef’s creativity and our diners’ feedback. The menu is a constant evolution to keep it relevant and interesting. We thank our diners for their remarks and their support in delivering a great dining experience at LeVeL33.





Sumber:http://mothership.sg/2017/05/celebrity-chef-gordon-ramsay-comments-on-level33s-fish-chips/
Quote imransulaiman 3-5-2017 09:53 PM
AlienGurlz replied at 3-5-2017 09:33 PM
Kat blog ni ada tulis

Terima kasih  

At least restoran tu dah buat explanation  
Quote wati2110 3-5-2017 10:35 PM
Tak tau la nak kesian ke ape...memang naya la makanan macam tu dengan harga yang perlu dibayar....memang menyumpah aje la agaknya orang tu
Quote Mary_jane 3-5-2017 10:53 PM
Oh kira ni bilis ni tuk makan, ala2 makan kacang gitu. Tak boleh lebih sebab masin.
Quote Pama2603 3-5-2017 11:16 PM
Haha lawak la pulak mcm nie
Quote sueburn 4-5-2017 12:26 AM
Klu iols kena macam ni mmg makan sambil nanges la..
Quote salmon-suki 4-5-2017 02:02 AM
AlienGurlz replied at 3-5-2017 09:36 PM
Sumber:http://mothership.sg/2017/05/celebrity-chef-gordon-ramsay-comments-on-level33 ...

Dah ada explanation tu...y dined tu xtaw ke tu selection side dish utk beer? Besar alam tulis kat atas tu BEER..lawak lak     

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080877 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top