Teringin makan pizza, tetapi malas nak keluar. Restoran terdekat pula tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. Ala, lecehlah kalau nak buat sendiri pizza. Nak kena uli doh tu paling malas.
Jangan risau! Ada cara pintas dan pantas nak buat pizza sendiri tanpa perlu menguli dohnya. Macam mana pula tu? Jom tengok! Bahan-bahan: 1. Roti Paratha segera 2. Sos Spageti 3. Sosej 4. Nenas 5. Bawang holland dipotong dadu 6. Keju Mozarella Nota: Boleh tambah apa-apa bahan taburan/topping mengikut cita rasa anda. Cara membuatnya: 1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah Celcius. Api atas bawah. 2. Sapukan sedikit minyak atau mentega/marjerin pada loyang untuk mengelak roti melekat ketika dibakar. 3. Susun roti paratha yang masih beku di atas loyang. 4. Sapu sos spageti pada roti, kemudian taburkan sedikit cheese bagi melekatkan topping dengan 'base' roti. 5. Susun sosej di atas lapizan mozarella. (Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak) 6. Taburkan bawang holland dan potongan nanas. (Ikut cita rasa, nak letak cendawan butang dan cili benggala pun boleh) 7. Tabur lagi cheese Mozarella sehingga menutupi topping. (Boleh tambar cheddar untuk rasa lebih enak) 8. Bakar pizza selama 20 minit. (Suhu bergantung pada saiz oven). Siap dihidang dan dinikmati bersama tersayang! Memang mengangkat selera terutama ketika 'aktiviti menarik pizza'. Bukan sahaja menjimatkan dari segi masa, tenaga dan kos, malah rasanya juga tak kurang hebat dengan pizza diuli. Cubalah kalau tak percaya! - CARI Kredit resipi: FB Rafiza Idayu
|
armin replied at 2-5-2017 04:07 PM
Paratha ni bukan macam pizza beef paratha kat hot & roll ke?
helicornia replied at 2-5-2017 04:23 PM
paratha ni roti canai..yg frozen tu roti canai segera.yg hot n roll tu maybe guna roti canai froze ...
armin replied at 2-5-2017 05:05 PM
Paratha dgn roti canai lain la.. tak sama. Roti canai frozen pun ada je jual kt giant tesco. Par ...
armin replied at 2-5-2017 04:07 PM
Paratha ni bukan macam pizza beef paratha kat hot & roll ke?
ADVERTISEMENT