CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Kematian Pelajar Tahfiz: Akhirnya Madrasah Tampil Buat Penjelasan

30-4-2017 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10371| Komen: 59

Buat pertama kali, Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) tempat belajar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi tampil dalam satu kenyataan sekali gus merungkai segala pertanyaan orang ramai ekoran kejadian yang berlaku.


Memetik laporan Sinar Harian, kenyataan itu dikeluarkan jemaah pengurusan di Facebook rasmi madrasah berkenaan dipetik berkata, seperti mana yang dipersoalkan orang ramai, pihak madrasah mengakui maklum tentang rekod jenayah lampau dimiliki pembantu warden berkenaan.

"Rentetan daripada itu, kami berpendapat, andainya pengarah penjara mengakui beliau sedang berubah dan layak diberi kebebasan awal, apakah kami sebagai ahli masyarakat tidak boleh memberi peluang kedua untuknya."

"Apakah pendirian anda semua tentang memberi peluang kepada seseorang untuk menjadi lebih baik?"

"Semoga kita semua terus diberi peluang untuk menjadi lebih baik dan berubah kearah yang lebih baik. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau bukan seorang ustaz."


Jelasnya, kejadian yang berlaku (sebat) ia bukan seperti yang orang ramai gambarkan dan pihaknya mempunyai bukti kejadian dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah diserah pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tulisan tersebut turut memaklumkan, kenyataan dikeluarkan itu sama sekali tidak bertujuan untuk mengganggu siasatan atau mengulas perkara-perkara yang mungkin memberi kesan kepada siasatan pihak berkuasa.

Sebaliknya, tulisan itu dibuat kerana setelah hampir dua minggu madrasah menerima kecaman, tohmahan dan ugutan, serta begitu banyak tekanan diberi tanpa sebarang jawapan.

Ekoran itu, atas rasa kebimbangan sekiranya tiada sebarang jawapan dari madrasah, ia akan terus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya dan memungkinkan fitnah berleluasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan tulisan berkenaan tidak dapat memberi fokus yang banyak tentang sikap Allahyarham Thaqif,  dakwaan penderaan, dan hal-hal yang mungkin mengganggu emosi keluarga Allahyarham.

Selain itu, tulisan berkenaan turut mengakui madrasah tersebut tidak didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan berikutan ia tidak disyaratkan namun madrasah sangat gembira untuk mendaftar dibawah kementerian apapun selagi ia boleh menambah baik sistem di madrasah tersebut.- CARI

sumber : mstar



8

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lobai_Sabbath 30-4-2017 11:21 AM
takbir..........   
Quote Peterpan17 30-4-2017 11:23 AM
Bukan anak sendiri jd mangsa blh lah ckp kejadian bukan spt yg di org ramai gambarkan
Quote Buritan 30-4-2017 11:25 AM
Tunggu laporan perubatan.. baru leh ckp..
Quote monsterwife 30-4-2017 11:44 AM
Tunggu lah laporan perubatan.jangan senang-senang nak menghukum.iye..dia bekas banduan tapi dia Sudah terima hukuman kan.kenapa masyarakat masih lagi mengungkit hal silam dia?apa bekas banduan tak layak ke nak menjalani kehidupan seperti orang lain?
Quote crystel 30-4-2017 11:49 AM
Tak habis2 tak kena dgn btg hidung sendiri.. bukan anak sendiri yg jd mangsa lahh.. jaga anak sendiri sudahla jgn hantar mana2 sekolah ke apa.. korg ajar je anak sendiri kat umah. Selamat puas hati anak depan mata.
Quote umbut 30-4-2017 11:53 AM
Mak pak pun salah.. Anak baru 11 tahun soh dok asrama.. Kecik lagi lah..
Quote NAT_11 30-4-2017 12:13 PM
monsterwife replied at 30-4-2017 11:44 AM
Tunggu lah laporan perubatan.jangan senang-senang nak menghukum.iye..dia bekas banduan tapi dia Suda ...

Memang LAYAK DIBERI PELUANG KEDUA.
Bahkan semua orang layah diberi peluang kedua, tapi dalam
kes layak untuk memberi peluang kedua ni, kena gak guna
otak memikirkan, apakah jenis pekerjaan yang sesuai dengan
jenayahnya tanpa melibatkan keselamatan orang keliling........????
Apasal bagi dia tugas jadi worden, kenapa tak bagi dia kerja
bersihkan madrasah ke atau tolong kerja-kerja dapor ke.
Ada banyak kerja lain boleh diberi, selain daripda kerja yang
melibatkan keselamatan orang especially kanak-kanak
yang masih kecil dan tak berdaya.
Quote awanearisu 30-4-2017 12:16 PM
NAT_11 replied at 30-4-2017 12:13 PM
Memang LAYAK DIBERI PELUANG KEDUA.
Bahkan semua orang layah diberi peluang kedua, tapi dalam
kes ...

setuju. seeloknya janganlah pekerjaan yang melibatkan sebarang pendedahan atau akses kepada kanak-kanak.
Quote CiliPadiSedap 30-4-2017 12:36 PM
hikmahnya anak ni insya allah jadi anak syurga.. redha itu pahit, manisnya bila hati tenang maafkan..

abah akak champion bab ni. berbeza dengan akak, dendam hati kesumat jiwa akak..  masih didik diri untuk tarbiah agar memaafkan..

cara berfikir pun satu pilihan, berfikir positif, maafkan atau dendam kesumat.. hidup pun satu pilihan.. berjaya gagal satu pilihan..
Quote chinta89 30-4-2017 01:11 PM
peluang kedua, peluang l ajgk tp dh ko sdiri boleh pk, bg la kije yg x melibatkan org ramai.

suh jd tukang sapu ke, tanam pokok ke, pencuci tandas ke..
Quote ChildrenOfBodom 30-4-2017 01:15 PM
hang buka thread pasai penjelasan madrasah tp tak tempek penjelasan tersebut baik tak payah bukak thread. kimak betul.
Quote tumpanglalu74 30-4-2017 01:18 PM
Jatuh mati di tangan ahli nerake..

Quote kaktom8 30-4-2017 01:19 PM
Lim guan eng pun bekas banduan. Di beri peluang jadi ketua menteri lagi.

Quote cucukuku 30-4-2017 01:22 PM
NAT_11 replied at 30-4-2017 12:13 PM
Memang LAYAK DIBERI PELUANG KEDUA.
Bahkan semua orang layah diberi peluang kedua, tapi dalam
kes ...

Kimak babi, anak sedara lu si pencurij tu patutt dah haramkan masuk supermarket. Masuk market jual sayur pun patut diharamkan kahnat tu masuk.

Celaka punya pencurik sial.

Quote kabukiman 30-4-2017 01:26 PM
kaktom8 replied at 30-4-2017 01:19 PM
Lim guan eng pun bekas banduan. Di beri peluang jadi ketua menteri lagi.

Win!!!!     
Quote sebu1 30-4-2017 02:46 PM
Peterpan17 replied at 30-4-2017 11:23 AM
Bukan anak sendiri jd mangsa blh lah ckp kejadian bukan spt yg di org ramai gambarkan

Khennnn. Jilake sungguh
Quote sebu1 30-4-2017 02:47 PM
ChildrenOfBodom replied at 30-4-2017 01:15 PM
hang buka thread pasai penjelasan madrasah tp tak tempek penjelasan tersebut baik tak payah bukak th ...

       .
Quote che_yatt 30-4-2017 03:12 PM
cucukuku replied at 30-4-2017 01:22 PM
Kimak babi, anak sedara lu si pencurij tu patutt dah haramkan masuk supermarket. Masuk market jual ...

laba, ang x kacau org 1 hari x bole ka?
Quote cucukuku 30-4-2017 03:14 PM
che_yatt replied at 30-4-2017 03:12 PM
laba, ang x kacau org 1 hari x bole ka?

                 


Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.099061 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top