CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejadian Sejadah, Telekung Berdiri Gemparkan Penduduk Sik, Kedah

29-4-2017 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8130| Komen: 47

Hasil tersebarnya kejadian luar biasa apabila kain sejadah dan telekung yang dikatakan secara tiba-tiba berdiri tegak seolah-olah seperti kedudukan orang sedang bersolat, suasana tenang di sekitar kawasan Jeneri di Sik, Kedah menjadi kecoh seketika. 


Memetik laporan Astro Awani, kejadian itu disedari Zahrizan Ghazali, 47, seorang penduduk Kampung Tok Aris pada jam 1.45 petang semalam sewaktu dia ingin menunaikan solat Zohor bersama anak perempuannya.

Perkara itu turut di kongsi Ahli Dewan Undangan Jeneri (ADUN) Mahadzir Abdul Hamid yang secara kebetulan berada di kampung terbabit dalam rutin mingguan beliau menziarahi rakyat.

Katanya kejadian itu perlu dijadikan iktibar.

"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.

Sebelum ini beberapa kejadian sejadah berdiri pernah dilaporkan berlaku di Terengganu, Kedah dan Johor turut mengemparkan penduduk setempat.- CARI


sumber : Astro Awani
sumber : Astro Awani


4

Bagus
24

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 29-4-2017 03:10 PM
kalao aku jumpa benda ni, aku lipat,pas tu aku simpan kt tempat dia. xde faedah  nk pgl sekampung ramai2.
Quote pilothusin 29-4-2017 03:12 PM
pakhajik dah bukak thread limak minit awal tadik.

ahak ahak ahak

Quote grouper 29-4-2017 03:14 PM
Prank ? Yg dpt aku pikir utk dirikan telekung tu kalu rendam dlm lilin bagi kain tu keras..sebab telekung biasanya mmg lembut kainnya. Sejadah mmg kain keras sng nak buat. Sape ada cara lain mcm teknik lipatan ke..kalau xde explanation mmg mistik la
Quote ronapink 29-4-2017 03:38 PM
dah manusia malas nak solat,

telekong dengan sejadah bersolat sendirian
Quote Decaffeinated 29-4-2017 03:45 PM
boleh tak JAKIM ka isytihar siapa layan sampah macam ni murtad?.... baru masing2 ada akai....

Quote Mary_jane 29-4-2017 04:29 PM
Fenomena berulang kah sis? Pernah jua berlaku dirumah i. Mujur tak panggei hmetro.
Quote kaktom8 29-4-2017 04:37 PM
Semua makhluk dalam ini dunia sembah dan sujud kepada Yang Maha Pencipta Allah swt melainkan bani kafir.
Quote ciwi1166 29-4-2017 05:01 PM
udah2 ler tu kena kencing... kesian ak tengok.
Quote JohnDeSouza 29-4-2017 05:07 PM
penah berlaku kat tempat keja aku  dulu
Quote finesse 29-4-2017 05:07 PM
Skeri pulak ak tgk
Quote fox. 29-4-2017 05:23 PM
Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
Quote dubuk 29-4-2017 05:45 PM
amazing amazinggg
Quote cekelatkopi 29-4-2017 05:52 PM
Rumah org ni baju bersidai merata..ada tgk kat gbr mana tah tingkap penuh towelbkn sejadah ni je berdiri..yg lain2 pun mcm tu jgk
Quote sekngucing 29-4-2017 06:02 PM
sembahyang la kamu sebelum kain sembahyang kamu sendiri yang sembahyang
Quote manjalara_01 29-4-2017 06:33 PM
knp xde mana2 pihak yg buat siasatan tentang kes2 mcm ni..?
gi la interview ustaz2 ke sape2 yg pakar psl makhluk halus or whatever..

cuber confirmkan is this a hoax? or not?

"Saya menyifatkan kejadian ni sebagai satu yang perlu diambil iktibar dan yang pentingnya kita yakin bahawa setiap kejadian tu ada hikmah. Kita sebagai orang Islam percaya bahawa Allah boleh menunjukkan apa juga kebesaran. Cuma elakkanlah kita percaya kepada benda-benda khurafat," kata Mahadzir.

so ape agaknye iktibar or hikmah yg kite dpt dari kejadian2 mcm ni u allz?
Quote ninja boy 29-4-2017 06:53 PM
telekung minta di basuh dilipat digantung
Quote minahsenget 29-4-2017 07:15 PM
Kat off i dulu pun jadi.i la tlg buatkan.
Quote MatDeghem 29-4-2017 07:34 PM
kalau di eropah cerita pelik pun banyak juga....terutama UK



alien kata nya.

kalau kat nusantara jin kata nya....


Quote FOTHER-MUCKER 29-4-2017 07:50 PM
Misti anak dia ataupun sesiapa yang berdirikan sejadah dan talkom tu tengah gelak. Saya 0% nak percaya.

Saya fikir bahagian dalam tu ada benda yang support bagi kain tu berdiri. Mesti dia orang malu nak bagi tau rupanya ....

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049430 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top