CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Silih Berganti, Makanan Viral Di Mana Masa Depannya?

28-4-2017 04:37 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 9677| Komen: 49


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Hari ni teringin nak makan Kuih Keria Gula Melaka ala kuih yang viral tu. Itu adalah antara ayat-ayat yang selalu diucapkan apabila kita mengetahui tentang satu makanan yang viral. Boleh katakan hari-hari ada jer kita dapat tengok makanan yang mula viral di negara kita. Tak kisahlah makanan tu yang telah lama wujud atau pun makanan luar yang di bawa ke negara kita.


Kalau kawan-kawan masih ingat lagilah tahun 2013 negara kita ditularkan dengan makanan Burger Bakar. Pada tahun tersebut terlalu banyak sangat pengusaha mula menjual burger bakar dengan pelbagai nama dan juga rupa. Selalu kita dengar yang pernah popular dulu Burger Bakar Abang Burn, Burger Bakar Kaw Kaw dan macam-macam lagi.

Malah tak ketinggalan selebriti sendiri pun ada yang telah mengusahakan restoran burger bakar pada tahun itu. 


Sampai satu masa kita boleh tengok kat merata-rata ada sahaja orang jual burger bakar dan kita sendiri jadi keliru mana satu yang betul-betul burger bakar atau hanya sekadar nama sahaja. Begitu kuat kuasa sosial media ni kepada makanan-makanan untuk cepat mendapat tempat dihati peminat. 

Kemudian pada tahun 2015 kita pula dihebohkan dengan populariti makanan laut yang dimasak dan dihidangkan dengan cara lambak atas meja. Tapi selalu kalau kita dengar orang akan sebut makan Shell Out. Tahu tak korang sebenarnya nama masakan ini dipanggil Cajun iaitu satu jenis nama masakan berasal daripada Perancis. Shell Out yang kita selalu sebut itu adalah nama restoran yang menggunakan teknik masakan ini dan mula menjadi tular di laman sosial.

Ia begitu popular sehingga ke tahun ini dan begitu banyak sangat restoran malah ada kat foodcourt sendiri pun sediakan makanan style lambak macam ni. Riaksi pecinta makanan pun tak kurang hebatnya kerana ada yang suka dan ada juga yang kata ia seolah-olah tidak sesuai dengan budaya kita yang makan sopan.

Maha sendiri pun dah cuba makanan style macam ini banyak restoran dah pergi dan kebanyakannya lebih kurang sama jer rasanya. Cuma dari segi penyediaan dan juga makanan laut yang digunakan tu menjadikan ia lebih mahal atau lebih unik. Paling tepat ia terpulang kepada selera kita juga kan cuma Maha nak ingatkan jangan membazir ketika makan tu jer. 


Kemudian sekarang ni jadi tular pula kat sosial media Kuih Keria Gula Melaka. Kalau kita ikutkan kuih keria ini telah bertahun-tahun kurun lamanya telah ada kat negara kita. Kenapa sekarang ia menjadi begitu popular sehingga restoran kat Melaka tu hari-hari penuh orang berbaris. Maha tak pernahlah makan yang kat Melaka tu tapi Maha pernah cuba masak sendiri menggunakan resepi yang orang sharekan.

Bagi Maha kuih ini viral kerana cara penyediaannya yang menggunakan bahan sebenar dan juga keikhlasan dalam memasak itu menjadikan ia begitu menarik pembeli untuk terus membeli setiap hari. Tambahan pula orang kita bila makan sikit jer nak share kat sosial media. Makan kuih karipap pun nak upload kat sosial media pastu jadi viral sebab banyak angin daripada inti.

Apa pun bagi pendapat Maha sebenarnya makanan yang viral kat sosial media ni bagus kerana ia dapat membantu usahawan kita lebih maju dalam memberikan hidangan terbaik kepada pengguna. 


Cuma sejauh mana makanan yang viral ini boleh bertahan dalam industri makanan tempatan. Kita boleh tengok sekarang banyak dah restoran burger bakar yang dah bekubur. Adakah makanan lain yang tengah up sekarang ni juga akan menerima nasib yang sama. 

Tak tahu akan datang mungkin banyak lagi kuih-muih akan terus viral dan juga mungkin juga makanan luar negara yang datang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Apa pun yang viral tu tak akan kekal abadi kerana ia akan jadi sejarah yang pernah memeriahkan negara satu masa dulu. Cuma kalau nak viral tu biar lah yang baik-baik jer jangan pulak kerana nak viral tu sanggup gadai maruah diri sehingga dicerca oleh masyarakat luar. Moga yang baik kita ambil dan yang tak baik tu kita minta jauh-jauhkan dari diri kita ok. Selamat menjamu selera semua. 


38

Bagus
29

Marah
24

Terkejut
27

Sedih
26

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (178 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 28-4-2017 05:04 PM
Ingat lagi 1-2 tahun lepas kot trending jual coffee.. Sampai kt tmpt iols setiap selang 50 meter akan jumpa gerai jual coffee.. Mcm2 nama.. Tp skrg ni bila teringin nk minum coffee tu sampai kena cari gerainya baru jumpa..
Quote vanillaninja 28-4-2017 05:09 PM
Sampai sekarang pun I suka makan dekat Shell Out tu. Tak pernah lagi try restaurants lain yang cuba nak tiru konsep Shell Out sebab rasanya memang tak kan sesedap di Shell Out.
Quote umbut 28-4-2017 05:27 PM
Dulu viral kek cheese leleh meleleh
Quote aleesyasofia 28-4-2017 05:43 PM
belum brskesempatan nak cuba shell out.. mkanan viral yg prnh cuba burger bakar dan air coffee blended..
Quote honeybucuk 28-4-2017 05:44 PM
Banyak kot makanan viral.antaranya
1. Aiskrim msia
2. Aiskrim pasu
3. Pisang goreng cheese


eh skrang bukan ayam goreng mcd ke tgh viral..
Quote WhiskeyScotch 28-4-2017 05:49 PM
Rakyat Malaysia mmg suka makan pun. Pantang ada makanan viral confirm ada yang nak cuba. Contoh, nasi lemak pondan.
Quote CiliPadiSedap 28-4-2017 05:56 PM
Bisnes viral = Trend = Cepat Lingkup

Bisnes viral tiada fundamental kukuh permintaan di sebabkan viral iaitu orang nak cuba rasa.
berbeza dengan bisnes makanan harian, lauk pauk, seafood.. Habis musim viral melingkup lah bisnes tu..

siapa nak bisnes viral ni? boleh, kena cepat masuk cepat keluar.. erti cepat keluar ni  profit dapat modal pun balik semula.. kalau rasa xbalik modal xpayahlah..

bisnes kedai makan mamak tak de viral pun.. orang makan sana sebab nak cepat nak segera nak laju.. menu mamak org dh tahu roti canai, magi goreng, mi goreng mamak, nasi  kandar.. jual benda simple tapi pelanggan tetap bertali arus?

yang bisnes jual hanky panky ni dah kenapa melingkup cepat? selamat berfikir..
Quote Artemesiaa 28-4-2017 05:59 PM
Kalau yang viral ni bermusim sekejap je sambutannya kecuali yang benar2 sedap je berjaya maintain berniaga
Quote dubuk 28-4-2017 06:06 PM
baru ni makan biskut gery boleh tahan sedap
Quote estrelle 28-4-2017 07:14 PM
Tekak iols takleh nak masuk sgt keria gula melaka.mcm manis sgt je rasanya.keria biasa pon gula lebih2 kikis bagi buang.iols mengamalkn lebihkn manis dlm senyuman je.
Quote beautifulliar 28-4-2017 08:03 PM
Jgn lupa dgn mangga asamboi.dulu viral gk tu sana sini org jual.sekarang kerabu thai kerang pun viral gk
Quote jointhecurse 28-4-2017 08:22 PM
dubuk replied at 28-4-2017 06:06 PM
baru ni makan biskut gery boleh tahan sedap

biasa ja... jd muak..huhu
Quote kittypong31 28-4-2017 10:29 PM
Yang viral ni kebanyakan bermusim je..

Dulu yg mmg org asyik post kat socmed Frozen Yogurt, Sangkaya etc..

yang bertahan tu ada lah tapi yg gulung tikar pun banyak
Quote hdon 29-4-2017 12:51 AM
Tak byk yg bertahan.. cpt famous cpt bosan kot
Quote aHoi83 29-4-2017 01:06 AM
Biasa bende2 gini org nak rase je sbb terliur tgk pic n batak tgk org beratur. Dpt rase sekali tk lekat di hati so good bye jela
Quote ZakersOnPace 30-4-2017 09:08 AM
Saya ni jenis org yg cepat terpengaruh pasal makanan viral ni.. sampai biskut gery pon dah try.. cume xdpt rase shell out je lagi.. rase rugi betul.. ada cadangan tempat yg best berdekatan ngan shah alam x? Hehe
Quote krustykrab 30-4-2017 09:15 AM
jointhecurse replied at 28-4-2017 08:22 PM
biasa ja... jd muak..huhu

Aku pun baru minggu lps try, tu pun dpt hadiah...x la sedap sgt mcm yg org duk viral sgt tu....last2 aku hadiahkn pulak kt anak buah sb anak aku pun x moh makan
Quote jointhecurse 30-4-2017 09:23 AM
krustykrab replied at 30-4-2017 09:15 AM
Aku pun baru minggu lps try, tu pun dpt hadiah...x la sedap sgt mcm yg org duk viral sgt tu....las ...

kan.. ak rasa cm oran terlampau exaggerate sgt kesedapan dia.. bg ak xd la wow factor sgt..hehe
Quote chinta89 30-4-2017 11:40 AM
Antara makanan yg pernah jadi trend/viral lps tu lama2 dh makin sepi serta sendu :

durian crepe.
shell out.
burger bakar.
cikedut.
asik krim pasu.
kek cheese meleleh.
macaron.
ais krim pasu.
tea kocok.
air berasaskan coffee.
pisang goreng cheese.
makanan bercheese _murtabak/pisang goreng/keropok lekor.
burger warna-warni.
laksa sedut.
gula2 berasap dalam mulut.
jeruk asam boi.
churros.
pau cendawan.
kuih keria antarabangsa (yg ni still hangat permintaannya)
ramen samyang korea.




Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.184097 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top