CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kisah Wanita Minang 'Chubby' Nikahi Putera K-Popnya, Buat Ramai Cemburu Gila!

27-4-2017 07:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18868| Komen: 57|Original author: Oleh: Adib ZA


Benarlah orang kata, kalau sudah jodoh tak ke mana. Namun siapa akan menyangka jodoh yang diaturkan buat wanita Indonesia ini, adalah dengan putera idamannya dari negara Korea, nun jauh di sana!


Kisah wanita Minang ini, Vera Nanda Putri mendapat liputan meluas di negara asalnya Indonesia apabila percintaannya dengan jejaka Korea berakhir melalui sebuah perkahwinan yang sangat ikonik. 

Malah, tak keterlaluan dikatakan ramai yang berasa cemburu dengan sosok wanita yang montel ini. Vera, si comel ini merupakan seorang peminat tegar rancangan popular Running Man. 


Memetik laman Viva, dia yang lahir pada tahun 1988 mengambil keputusan untuk mengambil kelas bahasa pada tahun 2015 di Seoul National University. 


Di situlah dia bertemu dengan Jun, seorang pereka grafik, yang akhirnya ditakdirkan menjadi suaminya yang sah baru-baru ini. 

Bagaikan sebuah drama, kisah percintaan mereka tidak terlepas daripada pelbagai halangan. Ini termasuklah kecaman dan juga kata-kata nakal daripada netizen sendiri yang menganggap hubungan mereka takkan bertahan lama.


Mereka mengutuk tubuh gempal Vera yang dikatakan tidak layak dengan lelaki tampan seperti suaminya itu

Pun begitu, wanita ini yang sering memuat naik gambar bahagianya bersama kekasih idaman itu di laman Instagram tidak mempedulikannya dan akhirnya, mereka berdua disatukan pada 27 Februari lalu. 




Dapat dilihat akhirnya ramai di kalangan netizen yang mula menerima situasi unik tersebut dan memberi sokongan kepada wanita comel ini bersama suaminya. 

Malah, mereka berasa bangga apabila etnik Minang disebut-sebut di peringkat antarabangsa, sehingga ke Korea! Hebat, kan?

"Harapnya selepas ini ada pula nama lelaki Minang yang menikah dengan wanita Korea," ujar seorang netizen. 

"Buat lelaki di luar sana, jangan sesekali mengejek wanita gemuk, belum tentu yang kurus itu lebih baik segala-galanya," kata seorang lagi netizen. 


Kesimpulannya, tiada siapa yang dapat menyangkal jodoh yang ditetapkan oleh Ilahi. Janganlah kita mengkritik dan mengutuk bentuk tubuh seseorang yang dikatakan tidak sepadan, tidak cantik dan sebagainya. 

Nah, sekarang terbukti mereka yang montel pun boleh dapat lelaki K-pop yang 'helok' sempurna. - CARI 

9

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • aduhaiya

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 27-4-2017 07:42 PM
Xde la hensem sgt muka oppa nya.. Standard marhaen korea jah..
Quote BlueRoses96 27-4-2017 07:58 PM
Boleh tahan rupa suami dia untung nya...
Nanti kalau kata kan cerai (kalau kay kalau jgn kecam iols  ) , time tu sheols kuruskanla badan, make over habis2, jadi model famous, biar laki tu gila talak, baru lengkap kisah mereka yg ala2 drama tu
Tinggi betul imagination iols Kantoi kaki drama
Quote AvaAdore 27-4-2017 07:58 PM
X cemburu pon.. hensem lg pakwe iols
Quote allhaillll 27-4-2017 08:15 PM
biasa je laki dia
Quote umbut 27-4-2017 08:27 PM
Aku tgk byk omputih hensem kahwin asian yg x cun langsung.. Omputih pun x memilih tau.. Kalo aku ngorat omputih, sure dpt
Quote merrissa 27-4-2017 08:28 PM
sebab laki dia kurus dia di label hensem kahhh?? x hensem pon....bese2 je.....

sebab pompuan tuh gemok? dia di label xkan bahagiaa??? ntah hape2 la pemikiran manusia...

laki bini kurus pon....ceraiii gakk....

laki bini sama cantik sama padan....ceraiii gakkk

Quote CiliPadiSedap 27-4-2017 08:41 PM
jodoh masing2.. tak perlu jealous.. banyak2 bibik ada juga yg nikah korea.. kan bagus.
Quote imransulaiman 27-4-2017 08:53 PM
Gambar yang tak pakai spek tu ketara rupa korea bukit...

Pakai spek adalah sikit rupa Harry Potter
Quote tiramisuu 27-4-2017 09:04 PM
Tgk kdrama yelah berangan nk laki korea, tgk show hello counselor terus insaf
Quote rukia2 27-4-2017 09:55 PM
Biase2 je lah lakinye
Quote hdon 27-4-2017 10:21 PM
Tak semua lelaki selera dgn perempuan kurus2 jah.. ada yg mmg taste dgn perempuan yg berisi
Quote ellejo 27-4-2017 10:23 PM
tampan kejadahnya ni

memang mata tak berjenis ke apa

asal korea jah ensem.
Quote WhiskeyScotch 27-4-2017 10:39 PM
Ayooo banyak betul kisah orang gemuk hari ni. Hari ni hari gemuk seduniakah?
Quote sheqim 27-4-2017 10:47 PM
Hahaha abistu org kurus je boleh bahagia ke? Pelik btol ngan manusia ni
Quote estrelle 27-4-2017 10:49 PM
WhiskeyScotch replied at 27-4-2017 10:39 PM
Ayooo banyak betul kisah orang gemuk hari ni.  Hari ni hari gemuk seduniakah?

Gemok is osem katenyehh.
Quote Kahla 27-4-2017 11:15 PM
Bagus aku lelaki tu x ensem langsung. Kemonnn... bukan smua korean tu hensem la. Btw tahniah la. Aku rsa pmpuan tu maybe ada personality atau attitude yg menarik.
Quote Grndrbi 27-4-2017 11:20 PM
Kuat sgt aura jeles dlam thread ni
Quote emelia1509 27-4-2017 11:34 PM
Beruntung la sheols dapat hubby korea..

Quote Ferr_Remy 28-4-2017 12:59 AM
Sape cakap laki ni ensem smuanya batak KPOP kakakakakaka

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045244 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top