CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Tahan Tengok Pulut Ayam Thai Ini, Jom Buat Sendiri!

27-4-2017 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38648| Komen: 17|Original author: Oleh: Maly Rosli

Ketika musim makanan Thai sedang hangat menghiasi ruang media sosial, ramai juga yang mula tercari-cari resipi kebanyakan makanan Thai yang tak dipertikaikan keenakannya.

Pulut Ayam Thai adalah antara makanan yang sering ditemukan ketika berkunjung ke Thailand. Nak 'bertandang' ke Thailand semata-mata untuk dapatkan pulut ayam itu, tak berbaloi rasanya.


Foto: http://ilhamdapur.blogspot.my

Jadi, apa kata kita buat sendiri Pulut Ayam Thai. Terangkat nikmatnya merasai air tangan sendiri. Puas rasanya!


Bawang Goreng:
6-7 ulas bawang merah 

1-2 cubit garam
1/2 sudu kecil tepung jagung



Cara
1. Hiris nipis bawang, susun atas tisu dapur untuk diserap airnya supaya bawang cepat masak dan jadi rangup.
2. Panaskan minyak secukupnya (banyak tak apa, boleh guna untuk goreng ayam).
3. Gaul bawang dengan secubit garam dan tepung jagung, goreng sambil dikacau selalu hingga perang. Angkat dan toskan.


Bahan Ayam:
10 ketul kepak ayam saiz kecil (boleh guna bahagian lain tapi jangan potong besar-besar supaya cepat masak dan tidak hangus diluar)
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
3-4 tangkai akar pokok ketumbar *

1/4 sudu kecil lada hitam *
1/4 sudu kecil lada putih*

Nota: Tumbuk lumat bahan bertanda *

1/2 sudu besar gula pasir
nampla (sos ikan) secukup rasa

Sedikit kicap manis atau kicap pekat (nak bagi ayam berwarna gelap selepas goreng)
Tepung beras secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan Ayam:
1. Gaul kepak ayam dengan bahan tumbuk, gula, kicap manis dan nampla secukup rasa, kemudian masukkan ke dalam peti dan perap selama 3-4 jam atau semalaman.

2. Panaskan minyak dengan api sederhana.
3. Gaul sebati ayam tadi dengan tepung beras dan goreng sehingga masak. Angkat dan toskan.


Foto: http://fizalgk.blogspot.my
4. Hidang bersama pulut, air cili (lagi sedap dengan sos cili Thai) dan bawang goreng.


Bahan Pulut:
1 1/2 cawan beras pulut (rendam 1 jam)
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan santan cair
sedikit garam

Cara
1. Kukus pulut sehingga masak (tapi masih keras) sambil dikacau atau kuap balik sekali sekala agar masak sekata.
2. Pindah pulut ke dalam bekas, kemudian gaul pulut dengan santan yang telah disatukan dengan gula dan garam sehingga sebati.
3. Masuk semula dalam pengukus dan kukus lagi dalam 5-7 minit sehingga pulut masak lembut.
Nota untuk air cili: Tambah sedikit air panas dengan sedikit gula ke dalam sos cili Thai supaya cair sedikit. 


Tak sabar menunggu tibanya hujing minggu. Nak mencuba resepi dari Siam ini. Pasti seronok makan satu keluarga. - CARI


Kredit resipi: Mdm Wan Azuer/FB RESEPI MAMA RIA
40

Bagus
22

Marah
20

Terkejut
28

Sedih
25

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • iraizz

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xyhxxy 27-4-2017 04:34 PM
sedapnyuaaaaa
Quote dubuk 27-4-2017 05:09 PM
kalau ada serunding udang  lagi sedapnyaaaaa
Quote WhiskeyScotch 28-4-2017 12:00 AM
Ada sos ikan ye? Mesti sedappp!!!
Quote cheergirlz 28-4-2017 03:53 PM
prnah makan mmg sdap..yummy
Quote kittypong31 28-4-2017 10:43 PM
Thanks for sharing.. Kalau ada masa tak tau nak masak apa boleh lah try buat kat rumah..

Looks tempting
Quote purpledesire 29-4-2017 07:31 AM
Nampak sedap..huhuu
Quote alieyrina 30-4-2017 04:22 PM
Aku yg x reti masak ni nak suruh buat sendiri? Uwaaaa kt mana leh dpt ni..kedai siam xdop kaa
Quote boobam 2-5-2017 04:59 PM
sedapp nya nak try buat la...tq
Quote nisako 3-5-2017 04:59 PM
aduh sedapnyeeeeeeeeeee
Quote nisako 3-5-2017 04:59 PM
nak kena cuba buat la ni ..
Quote Daisyna 3-5-2017 05:08 PM
huhuhuhu dah lama teringin nk mkn
Quote nisako 4-5-2017 11:54 AM
sedap  baru je mknnnnnnnnn
Quote muffinzz 4-5-2017 02:42 PM
tak pernah makan tapi nampak sedap... boleh cuba ni
Quote bukanartis 5-5-2017 10:47 PM
Sedapnyaaaaaaaaaa..first time mkn masa zmn study dulu. Lps tu pantang jmpa mesti beli sbb mmg susah nk jmpa kedai jual bnda ni
Quote Grengo 5-5-2017 11:24 PM
salam tt..  part blend akar pokok ketumbar, tak pahit ke?
Quote ibuaq 5-6-2017 04:09 PM
sedapnya
Quote deekhan 7-6-2017 01:39 PM
sedap tengok ayam

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077791 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top