Baru-baru ini, bintang Barcelona, Neymar ditemui menjalani kaedah rawatan alternatif yang dikenali sebagai bekam di Indonesia.
Pemain Brazil itu sudah tidak hadir dalam tiga perlawanan terakhir Blaugrana selepas menerima kad merah dalam perlawanan menentang Malaga. Neymar setakat menjadi penonton apabila pasukannya menang 3-2 ke atas Real Madrid di Bernabeu minggu lepas. Walau bagaimanapun, pemenang pingat emas pada Olimpik 2016 itu akan dapat bermain lagi apabila Barca menghadapi Osasuna pada perlawanan La Liga pada selepas ini. Justeru bagi memastikan dirinya berada dalam keadaan yang terbaik, bekas pemain Santos itu melakukan terapi bekam. Bagi mereka yang tidak biasa, jenis terapi tersebut bertujuan untuk membantu melancarkan pengaliran darah, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan tenaga badan.
Jenis terapi itu juga telah pernah diamalkan oleh perenang terkenal Amerika Syarikat, Michael Phelps ketika Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.- CARI |
17
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
7
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT