Atlet elit paralimpik negara, Abdul Latif Romly dan pesilat Siti Rahmah Mohamed Nasir masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2016 (ASN 2016) malam kelmarin.
Abdul Latif, 20, melakar sejarah sebagai atlet kelainan upaya pertama dipilih untuk menerima anugerah berkenaan. Sementara itu, Siti Rahmah adalah pesilat berpengalaman dan sentiasa mempamerkan prestasi yang konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya. Pesilat berusia 30 tahun dari Terengganu itu berjaya mencipta hatrik kemenangan dalam Kejuaraan Silat Dunia selepas memenangi edisi ke-17 di Bali, Indonesia, pada Disember tahun lepas. Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Senarai penerima anugerah: 1. Olahragawan Kebangsaan: Abdul Latif Romly (Olahraga — Para) 2. Olahragawati Kebangsaan: Siti Rahmah Mohamed Nasir (Silat) 3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Tiada 4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan: Siti Noor Radiah Ismail (Olahraga — Para) 5. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Tan Wee Kiong dan Goh V Shem (Badminton) 6. Pasukan Wanita Kebangsaan: Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong (Terjun) 7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan: R. Jaganathan (Olahraga — Para) 8. Jurulatih Wanita Kebangsaan: Chin Eei Hui (Badminton) 9. Anugerah Kepimpinan Sukan: Tan Sri Mohd Ali Rustam (Pesaka) dan N Shanmugarajah (MGF) 10. Anugerah Tokoh Sukan: Tun Jeanne Abdullah (Majlis Paralimpik Malaysia) dan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar (Majlis Olimpik Malaysia) 11. Anugerah Khas: Datuk Dina Rizal (Sports Unite) dan Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)- CARI |
33
Bagus |
25
Marah |
10
Terkejut |
22
Sedih |
26
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT